Jemputan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN pertubuhan khairat kali ke 9 akan diadakan pada 08/03/2020 jam 8:00 pagi bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah. Semua ahli khairat dijemput hadir. Terima kasih

Selasa, 29 Januari 2019

BAYARAN KHAIRAT KEPADA WARIS DINAIKKAN

Pengerusi En Md Yakin
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 7 pada 30hb tahun lalu (2018) memutuskan sebulat suara nilai bayaran khairat kepada waris dinaikan kepada RM300.00 menjadi RM2000.00 berkuatkuasa pada 31hb Dec, 2018.  Yuran tahunan untuk akaun wang selengara juga dinaikan daripada RM5.00 kepada RM10.00. Manakala yuran kemasukan ahli baru (bukan waris) dinaikan daripada RM100.00 kepada RM450.00. Kenaikan sebanyak 350%.

Perkara ini dinyatakan oleh pengerusi En Md Yakin setelah dibahaskan dalam usul. En. Mohd Yusof selaku bendahari juga memaklumkan biarpun kutipan khairat setakat ini hanya sekitar 70 ke 80% sahaja tetapi keadaan kewangan semasa khairat adalah kukuh dan tiada masalah untuk pertubuhan membayar jumlah yang telah diusulkan tersebut. Dengan kenaikan bayaran sumbangan khairat kepada waris, ia diharap mampu meringankan beban waris malah lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain yang memberi manfaat kepada arwah.

Selain yang tersebut, pihak pertubuhan juga akan menginfaq sejumlah RM500.00 kepada setiap surau dalam kariah pertubuhan iaitu surau Taman Seri Mawar 1 dan 2 serta surau Infitah Al-Khairah. Pemberian sumbangan kepada ketiga-tiga surau sebanyak RM500.00 ini pernah dibuat dahulu pada tahun 2016. Ia diberikan pada bulan ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Photobucket
Syarikat atau orang perseorangan yang ingin menyumbang kepada tabungan Pertubuhan bolehlah berbuat demikian sama ada dengan deposit tunai atau cek atas nama PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SERI MAWAR. No akaun Pertubuhan di Bank Islam ialah :
0506-701000-5478

RUANGAN UNTUK IKLAN



Ruangan ini khas untuk iklan sahaja. Iklan yang menyentuh sensiviti perkauman atau agama tidak dibenarkan. Iklan untuk produk-produk non-halal juga tidak dibenarkan. Termasuk iklan-iklan yang menyalahi undang-undang penerbitan. Untuk tempahan iklan sila hubungi admin atau mana-mana AJK Pertubuhan