Jemputan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN pertubuhan khairat kali ke 9 akan diadakan pada 08/03/2020 jam 8:00 pagi bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah. Semua ahli khairat dijemput hadir. Terima kasih

Isnin, 25 April 2016

MESYUARAT AJK BIL 1/2016

1. MESYUARAT PERTAMA AJK PERTUBUHAN KHAIRAT telah dipengerusikan oleh Ustaz Awal iaitu Timbalan Pengerusi Pertubuhan Khairat menggantikan Pengerusi En. Md Yakin yang tidak dapat hadir kerana ada kematian.

2. Setiausaha memaklumkan jumlah kehadiran AJK pada malam itu ialah 20 orang. 

3. Ustaz Awal telah menyebut nama-nama AJK yang hadir bagi tujuan pengenalan. 2 orang AJK yang dilantik ke jawatan Pemeriksa Kira-kira 2 ialah Pn. Rosnani Hj. Harun manakala bagi Pemegang Amanah 2 pula ialah En. Hamzah Shamsudin.

4. Haji Abbas mencadangkan agar peruntukan khairat atau wang ehsan khairat bagi kematian anak yang berumur di bawah 1 tahun ke bawah dinaikan daripada RM250.00 kepada RM500.00. Persetujuan dicapai sebulat suara.

5. Cadangan Haji Abbas agar diberi peruntukan kepada ahli yang anggota badannya (kaki) dipotong dan memerlukan pengkebumian, setelah dibahas dalam mesyuarat, mesyuarat telah mengambil keputusan agar cadangan itu di KIV kan dahulu. Ia perlukan penelitian dari pelbagai segi terutama kekuatan dana kerana jika berlaku hal demikian, tiada kutipan dana dilakukan.

6. Hj Abbas juga mencadangkan agar waqaf khairat diberikan keutamaan kepada ahli-ahli khairat terlebih dahulu. Beliau mencadangkan sejumlah RM1000.00 diberikan kepada setiap surau sebagai waqaf pertubuhan khairat. Bendahari pula mencadangkan sejumlah RM300.00 sebagai permulaan. Timbalan pengerusi pula mencadangkan RM500.00. Setelah diadakan undian, maka jumlah waqaf yang ditentukan ialah sebanyak RM500.00 sahaja.

7. Hj Ruzali pula memohon sumbangan daripada Pertubuhan Khairat untuk menganjurkan kursus jenazah. Mesyuarat memutuskan untuk menyumbang sebanyak RM500.00. Persetujuan dicapai sebulat suara. Kursus jenazah akan diadakan pada 22/05/2016.

8. Hj. Jamaludin mencadangkan agar kerusi AJK Khairat diberikan secara automatik kepada setiap pengerusi surau. Maknanya setiap pengerusi surau ialah AJK Pertubuhan Khairat. Setelah dibahaskan, cadangan ini diterima dengan syarat pengerusi tersebut mestilah ahli pertubuhan khairat.

9. Mesyuarat juga memutuskan sesi kenal mengenal antara AJK diadakan di kedai makan. Cadangan tempat ialah di Lavender High.

10. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.50 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Photobucket
Syarikat atau orang perseorangan yang ingin menyumbang kepada tabungan Pertubuhan bolehlah berbuat demikian sama ada dengan deposit tunai atau cek atas nama PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SERI MAWAR. No akaun Pertubuhan di Bank Islam ialah :
0506-701000-5478

RUANGAN UNTUK IKLAN



Ruangan ini khas untuk iklan sahaja. Iklan yang menyentuh sensiviti perkauman atau agama tidak dibenarkan. Iklan untuk produk-produk non-halal juga tidak dibenarkan. Termasuk iklan-iklan yang menyalahi undang-undang penerbitan. Untuk tempahan iklan sila hubungi admin atau mana-mana AJK Pertubuhan