Jemputan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN pertubuhan khairat kali ke 9 akan diadakan pada 08/03/2020 jam 8:00 pagi bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah. Semua ahli khairat dijemput hadir. Terima kasih

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

PERLEMBAGAAN BAGI KHAIRAT KEMATIAN / PERTUBUHAN FAEDAH BERSAMA 

PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SRI MAWAR SENAWANG,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

FASAL 1 NAMA

1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SRI MAWAR SENAWANG, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Selepas ini disebut "Pertubuhan".

2. Takrif Nama:

3. Bertaraf : Negeri

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

D/A 437, JALAN SRI MAWAR 4, TAMAN SRI MAWAR
70450 SENAWANG NEGERI SEMBILAN

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

D/A 437, JALAN SRI MAWAR 4, TAMAN SRI MAWAR
70450 SENAWANG NEGERI SEMBILAN

atau  di  tempat  lain  atau  tempat-tempat  yang  akan  ditetapkan  dari  semasa  ke semasa oleh Jawatankuasa;

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

1. Memberi bantuan kewangan untuk belanja pengkebumian ahli atau tanggungan ahli termasuk anak, suami/isteri ahli atau balu seseorang ahli yang telah mati.

FASAL 4 KEAHLIAN

1.
a. Ahli  Biasa  Pertubuhan  ini  terbuka  kepada  warganegara  Malaysia  yang berumur antara 21 hingga 60 tahun yang menetap di kariah Taman Sri Mawar (penduduk kampung/mukim/taman perumahan). Penduduk-penduduk di luar kawasan ini tidak boleh diterima menjadi ahli.

b. Ahli Bawah Umur terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 16 hingga 20 tahun yang menetap di kariah Taman Sri Mawar (penduduk penduduk kampung/mukim/taman perumahan), di mana mereka tidak boleh memegang jawatan atau menjadi pemegang amanah dalam Pertubuhan ini.

2. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama-nama tanggungannya dan nama warisnya yang lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha.

3. Setiausaha hendaklah memproses permohonan keahlian dan membawanya untuk pertimbangan Jawatankuasa. Mesyuarat Jawatankuasa berhak menolak sesuatu permohonan untuk menjadi ahli tanpa sebarang sebab.

FASAL 5 SUMBER KEWANGAN

1. Tiap-tiap  ahli  hendaklah  membayar  yuran  tahunan  sebanyak  RM  10.00  (Ringgit Malaysia: LIMA SAHAJA kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum bulan 2 pada setiap tahun

2. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan selepas tempoh yang ditetapkan pada fasal 5(1) akan diberikan surat peringatan oleh Bendahari. Jika ahli itu masih tidak membayar hutangnya dalam tempoh satu bulan daripada tarikh peringatan dikeluarkan, maka beliau hendaklah dianggap berhenti menjadi ahli dan tidak berhak mendapat apa-apa bantuan.

3. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir  membayar  wang  yuran  tersebut  dalam  tempoh  yang  telah  ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan

4. Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam apa-apa bentuk dan sumbangan yang diterima hendaklah diisytiharkan di dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.

5. RM  4.80  daripada  yuran  tahunan  atau  RM  0.40  daripada  yuran  bulanan  atau sepuluh  peratus  (10%)  daripada  sumbangan  ataupun  apa-apa  pendapatan  lain boleh digunakan untuk apa-apa perbelanjaan pentadbiran pertubuhan.

6. Segala  sumber  kewangan  setelah  ditolak  jumlah  yang  dibenarkan  untuk  tujuan pentadbiran, hendaklah dimasukkan ke dalam wang tabungan.

FASAL 6 WANG TABUNGAN

1. Wang   tabungan   Pertubuhan   ini   hendaklah   digunakan   semata-mata   untuk membayar   bantuan   kewangan   seperti   yang   dinyatakan   dalam   Fasal   3 perlembagaan ini.

2. Wang ini hendaklah disimpan dalam suatu akaun yang berasingan dengan akaun pentadbiran pada bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa dan akaun bank itu hendaklah atas nama Pertubuhan.

3. Lima  puluh  peratus  daripada  kumpulan-kumpulan  wang  Pertubuhan  yang  tidak segera dikehendaki untuk membayar faedah bolehlah dilaburkan dalam sekuriti amanah, atau dengan persetujuan Pendaftar atas syarat-syarat sebagaimana yang dikenakannya, bagi membeli tanah.

FASAL 7 BANTUAN KEWANGAN

1. Wang bantuan akan dikeluarkan apabila berlaku kematian seperti di bawah ini:-

a. Atas kematian ahli sendiri RM 2000.00 (Ringgit Malaysia DUA RIBU  SAHAJA sahaja)

b. Atas kematian suami/isteri ahli RM 2000.00 (Ringgit Malaysia DUA RIBU  SAHAJA sahaja)

c. Atas kematian anak ahli (yang belum berkahwin) RM 2000.00 (Ringgit Malaysia DUA RIBU  SAHAJA sahaja)

2. Wang  bantuan  belanja  pengebumian  sebanyak  RM 2000.00 (Ringgit Malaysia DUA RIBU  SAHAJA sahaja) akan dikeluarkan apabila berlaku kematian ahli atau tanggungan ahli anak, suami/isteri.

FASAL 8 SYARAT BANTUAN

1. Wang Bantuan akan dibayar cuma atas kematian ahli dan tanggungan-tanggungan ahli yang namanya ada di dalam daftar yang disimpan oleh Setiausaha dengan syarat  ada  sijil  kematian  yang  sah.  Bagi  kematian  tanggungan,  bantuan  akan dibayar kepada ahli dan bagi kematian ahli sendiri, bantuan akan dibayar kepada warisnya.

FASAL 9 JAWATANKUASA

1. Satu   Jawatankuasa   seperti   berikut   yang   dinamakan   Pegawai   Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada dua tahun sekali:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha 
Seorang Penolong Setiausaha 
Seorang Bendahari
25 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2. Pemegang-pemegang   jawatan   Pertubuhan   ini   dan   tiap-tiap   pegawai   yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada dua tahun sekali. Semua pegawai boleh dipilih semula setiap 2 tahun.

4. Fungsi   Jawatankuasa   ialah   mengelola   dan   mengaturkan   kerja-kerja   harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 2 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah 1/2 daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat  Jawatankuasa   tidak   dapat   diadakan,   maka   Setiausaha   bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan dibuat:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;

b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

c. Keputusan  hendaklah  dengan  undi  yang  terbanyak.  Sebarang  keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.

7. Ahli  Jawatankuasa  yang  mungkir  menghadiri  mesyuarat  Jawatankuasa  tiga  kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

11. Jawatankuasa  hendaklah  bertanggungjawab  memelihara  dokumen  pertubuhan pada setiap masa serta hendaklah memastikan ianya diserah dengan lengkap kepada jawatankuasa baru jika berlaku sebarang peralihan kepimpinan.

FASAL 10  KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi  dalam  tempoh  menyandang  jawatannya,  hendaklah  mempengerusi segala Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung serta bertanggungjawab di atas kesempurnaannya. Beliau mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat apabila ianya diluluskan.

2. Timbalan  Pengerusi  akan  membantu  Pengerusi  menyelia  urusan  pentadbiran Pertubuhan dan memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran mengikut perlembagaan dan mengikut segala perintah mesyuarat agung serta Mesyuarat Jawatankuasa. Beliau bertanggungjawab mengurus serta menyimpan semua dokumen rasmi Pertubuhan termasuklah peringatan-peringatan Mesyuarat Jawatankuasa   dan   Mesyuarat Agung, notis-notis dari Pendaftar Pertubuhan, sentiasa mengemaskini buku daftar ahli. Setiausaha hendaklah memastikan Buku daftar ahli mengandungi butir-butir seperti berikut:

  • Bil. Siri
  • Nama Ahli
  • Tarikh Menjadi Ahli Umur/Tarikh Lahir No. Kad Pengenalan Alamat
  • Pekerjaan
  • Nama-Nama Tanggungan
  • Nama Waris
4. Penolong  Setiausaha  akan  membantu  Setiausaha  menjalankan  kerja-kerjanya serta memangku tugas semasa ketiadaannya.

5. Bendahari bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan. Beliau hendaklah memastikan  segala  yuran  Pertubuhan  dipungut,  mengemaskini  buku  yuran  dan buku kira-kira wang masuk dan keluar pertubuhan. Bendahari juga hendaklah bertanggungjawab di atas ketepatan:

a. Penyata Kira-kira bulanan; dan

b. Penyata kira-kira tahunan yang diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit yang dilantik  dalam Mesyuarat  Agung.  Bendahari  tidak  dibenarkan  menyimpan wang  tunai  ditangannya  lebih  daripada  RM  4000.00  (Ringgit  Malaysia EMPAT RIBU SAHAJA Sahaja) pada satu-satu ketika dan semua wang yang lebih daripada itu hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Bank yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa. Beliau bertanggungjawab berkenaan dengan segala wang yang diterima dan dibayar serta diberi kuasa menandatangan cek-cek   bagi   pihak   Pertubuhan   bersama-sama   dengan   Pengerusi   dan Setiausaha. Akaun bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

6. Ahli-ahli Jawatankuasa biasa hendaklah hadir di dalam mesyuarat dan membantu pegawai-pegawai yang di atas itu menjalankan tugas-tugas mereka.

FASAL 11  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang- kurangnya 1/4 jumlah ahli Pertubuhan hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Pertubuhan.

3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:

a. mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu;
b. menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu;
c. menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
d. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit untuk tahun yang akan datang; dan
e. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Setiausaha  hendaklah menghantar  kepada  tiap-tiap  ahli  sekurang-kurangnya  14 hari  sebelum  Mesyuarat  Agung  Tahunan  diadakan  satu  agenda  mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan  bagi  tahun  lalu  yang  telah  diaudit.  Salinan  surat-surat  ini  juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

5. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 12  MESYUARAT AGUNG KHAS

1. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan  dan  sebab  mengadakannya.  Permintaan  itu  hendaklah  dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

2. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

3. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

4. Fasal   11(1)   dan   11(2)   di   dalam   perlembagaan   ini   berkenaan   korum   dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

5. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 13  JURUAUDIT

1. Dua orang yang bukannya pegawai pertubuhan hendaklah dilantik di dalam tiap- tiap Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Perlantikan mereka hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Pendaftar Pertubuhan.

2. Juruaudit berhak memeriksa segala buku, penyata kewangan dan kunci kira-kira tahunan Pertubuhan dan mengesahkan Penyata tersebut dengan membandingkannya dengan akaun   dan   baucer-baucer   berkaitan.   Mereka hendaklah menandatangani penyata kewangan itu yang didapati betul, sempurna disokong serta mengikut Perlembagaan pertubuhan atau hendaklah khasnya melaporkan kepada pertubuhan perkara yang didapati tidak betul, tidak disokong atau tidak mengikut Perlembagaan pertubuhan.         

3. Mereka  juga  dikehendaki  memeriksa  penyata  kewangan  dan  kunci  kira-kira Pertubuhan   pada   bila-bila   masa   jika   difikirkan   perlu   oleh   Pengerusi   atau Jawatankuasa.

FASAL 14  PERKARA AM

1. Seseorang ahli boleh menamakan seseorang sebagai orang yang akan menerima wang bantuan daripada golongan yang disebutkan ini suami, isteri, anak (termasuk anak angkat), cucu, ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua, menantu, saudara seibu dan sebapa, saudara seibu atau sebapa, anak kepada saudara seibu dan sebapa, anak kepada saudara seibu atau sebapa, bapa atau ibu saudara seibu dan sebapa, atau  anak  kepada  bapa  atau  ibu  saudara  seibu  atau  sebapa  kepada  ahli. Seseorang  ahli  boleh  menamakan  mana-mana  orang  selain  daripada  golongan tersebut  di  atas  dengan  syarat   beliau  menandatangani  suatu  perakuan  bertulis yang  disaksikan  oleh  seorang  Jaksa  Pendamai  atau  seorang  Majistret  atau Pendaftar/Penolong Pendaftar.

2. Tiap-tiap  ahli  hendaklah  diberi  dengan  percuma  satu  salinan  Perlembagaan Pertubuhan ini apabila diterima menjadi ahli. Mana-mana orang boleh diberi satu salinan  Perlembagaan  berdaftar  Pertubuhan  ini  apabila  diminta  dan  dibayarnya wang sebanyak tidak lebih daripada RM 5.00 (Ringgit Malaysia: Lima)

3. Tiap-tiap  ahli  hendaklah  diberi  dengan  percuma  satu  salinan  kunci  kira-kira, Penyata penerimaan dan perbelanjaan atau penyata kewangan lain-lain yang sempurna diaudit apabila diminta.

4. Buku-buku Pertubuhan ini dan daftar ahli-ahlinya boleh diperiksa oleh sebarang ahli atau seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam kumpulan wang tabungan  Pertubuhan  dengan  syarat  memberitahu  Setiausaha  5  hari  terlebih dahulu.

5. Ahli-ahli  yang  ada  kemusykilan  terhadap  pegawai-pegawai  Pertubuhan  atau Pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilannya di dalam Mesyuarat Agung dan keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad. Bekas ahli dan mereka yang ada bersangkutan dengan Pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilan ke dalam Mesyuarat Agung melalui ahli Pertubuhan.

6. Sesuatu  perbelanjaan  yang  lebih  daripada  RM  500.00  (Ringgit  Malaysia  LIMA RATUS SAHAJA Sahaja) tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih dahulu oleh Mesyuarat Jawatankuasa dan sesuatu perbelanjaan yang lebih daripada RM 2500.00 (Ringgit Malaysia DUA RIBU LIMA RATUS SAHAJA Sahaja) tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih dahulu oleh Mesyuarat Agung. Perbelanjaan RM 500.00 (Ringgit  Malaysia  LIMA  RATUS  SAHAJA  Sahaja)  dan  ke  bawah  bolehlah dibenarkan oleh Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha dan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya. Bagaimanapun pembayaran bantuan yang ditetapkan dalam Fasal 7 di atas tidak tertakluk kepada sekatan ini dan boleh dibayar seterusnya jika syarat-syarat mendapatkan bantuan telah disempurnakan.

7. Ahli yang sengaja melanggar perlembagaan Pertubuhan ini atau berkelakuan tidak baik sehingga mencemarkan nama baik atau mendatangkan kerugian kepada Pertubuhan ini boleh dipecat daripada menjadi ahli oleh Mesyuarat Jawatankuasa. Sebelum dipecat ahli itu mestilah diberitahu dengan bertulis tentang sebab-sebab dia hendak dipecat dan diberi peluang untuk memberi apa-apa penjelasan yang ada dengan bertulis atau dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan khas untuknya. Jika 2/3 Ahli-ahli Jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat mengundi menyokong pemecatan maka ahli itu dipecat dengan serta merta. Walaupun demikian ahli itu boleh, jika tidak puas hati merayu kepada Mesyuarat Agung menurut peruntukan (5) di atas.

8. Ahli  yang  hendak  berhenti  menjadi  ahli  Pertubuhan  ini  hendaklah  memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.

FASAL 15  PENGAMANAH

1. Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap dan pelaburan kumpulan wang Pertubuhan. Seseorang ahli yang memegang jawatan Setiausaha  dan  Bendahari  dalam  Pertubuhan  ini  tidak  boleh  dilantik  menjadi
Pengamanah.

2. Suatu    salinan    ketetapan    melantik    seseorang    pemegang    amanah    yang ditandatangani oleh Pengamanah yang dilantik dan disahkan oleh Setiausaha hendaklah dihantarkan kepada Pendaftar.

3. Seseorang  Pengamanah  boleh  dilucutkan  daripada  jawatannya  oleh  Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau atas lain sebab yang dia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau perlucutan jawatan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung.

FASAL 16  TAFSIRAN

1. Di  antara  berlangsungnya  Mesyuarat  Agung,  Mesyuarat  Jawatankuasa  boleh memberi tafsiran kepada Perlembagaan ini dan memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini. Keputusan Jawatankuasa itu adalah muktamad jika tidak atau sehingga diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 17  PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Segala pindaan kepada perlembagaan ini hendaklah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung oleh majoriti daripada jumlah ahli yang yang hadir, akan tetapi pindaan bagi mengurangkan  bantuan  yang  ditetapkan  dalam  perlembagaan  ini  hanya  boleh dibuat dengan persetujuan tiga perempat (3/4) daripada jumlah ahli-ahli Pertubuhan dengan cara undi sulit.

2. Permohonan untuk perubahan atau pindaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan ianya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 18  PEMBUBARAN

Pertubuhan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan 3/4 daripada ahli-ahli Pertubuhan ini di dalam Mesyuarat Agung yang diadakan khas untuknya. Apabila keputusan telah diambil untuk membubarkan Pertubuhan ini, maka segala hutang dan tanggunggan yang sah dari segi perlembagaan hendaklah dijelaskan dan  baki wang yang tinggal  hendaklah  dibahagi-bahagikan  mengikut  keputusan Mesyuarat Agung untuk membubarkan Pertubuhan ini. Pembubaran itu hendaklah diberitahu kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran.

2 ulasan:

  1. tahniah...boleh sy tahu alamat blogspot untuk sy juga buat website sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogspot ini adalah versi percuma. Pergi je website blogspot

      Padam


Photobucket
Syarikat atau orang perseorangan yang ingin menyumbang kepada tabungan Pertubuhan bolehlah berbuat demikian sama ada dengan deposit tunai atau cek atas nama PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SERI MAWAR. No akaun Pertubuhan di Bank Islam ialah :
0506-701000-5478

RUANGAN UNTUK IKLAN



Ruangan ini khas untuk iklan sahaja. Iklan yang menyentuh sensiviti perkauman atau agama tidak dibenarkan. Iklan untuk produk-produk non-halal juga tidak dibenarkan. Termasuk iklan-iklan yang menyalahi undang-undang penerbitan. Untuk tempahan iklan sila hubungi admin atau mana-mana AJK Pertubuhan