Jemputan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN pertubuhan khairat kali ke 9 akan diadakan pada 08/03/2020 jam 8:00 pagi bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah. Semua ahli khairat dijemput hadir. Terima kasih

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2018






  • Tarikh : 30hb, Dec 2019

  • Masa : 09:00 pagi (Ahad)

  • Tempat : Balai Raya Taman Seri Mawar 1

  • Perasmian : YB Tuan Hj. Ismail bin Ahmad (Adun Labu)

  •                      Merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan




Kehadiran     : 

         

BIL

REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
1
Kehadiran

-       Taman Seri Mawar 1

-       Taman Seri Mawar 2

-       Rumah Pangsa Fasa 2

-       Jumlah


73/181 Orang

08/083 Orang

34/110 Orang

115/374 Orang

2

Tidak Hadir

259 Orang

3

Jumlah Ahli Berdaftar

374 Orang


1.    Agenda 1 : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
1.1 Tn. Hj Zainal bin Hj. Yahya yang mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Khairat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Pertubuhan Khairat yang terdiri dari 3 taman perumahan.

1.2 Beliau mengimbas sedikit sebanyak sejarah pertubuhan khairat yang kini telah berusia lebih 7 tahun dengan keahlian yang semakin bertambah.

1.3 Pengerusi memaklumkan pada mesyuarat agung kali ke 7 ini akan diadakan pemilihan Ahli Jawatan Kuasa baru selaras dengan tuntutan perlembagaan pertubuhan iaitu membuat lantikan AJK baru setiap 2 tahun sekali.


1.4 Pengerusi majlis mempersilakan Ustaz Mohd Zuki untuk membacakan doa diikuti seterusnya ucapan aluan oleh En. Md Yakin selaku pengerusi pertubuhan khairat.

2.    Agenda 2 : Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan En. Md Yakin Aminudin.
2.1 Mendahului ucapannya dengan memberi salam kepada seluruh ahli-ahli yang hadir, En. Md Yakin turut mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli pertubuhan dan tidak lupa berterima kasih kepada semua barisan AJK yang telah banyak membantu beliau mentadbir pertubuhan khairat sepanjang tahun 2018 yang lalu. Beliau amat menghargai nilai kerjasama antara barisan AJK ini dan berharap ia dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

2.2 Beliau turut mengulas makluman pengerusi majlis tentang adanya pemilihan AJK baru pada mesyuarrat agung kali ini. Justeru beliau memberi kebebasan kepada ahli-ahli untuk melantik barisan pentadbiran baru pertubuhan dan berharap barisan AJK sedia ada berlapang dada menerima segala keputusan pemilihan yang akan ditentukan oleh seluruh ahli-ahli kelak.

2.3 Mesyuarat agung adalah tempat dan peluang untuk ahli-ahli mengemukakan segala usul dan pandangan. En. Md Yakin berkata ambilah peluang itu untuk tujuan penambahbaikan pertubuhan.

2.4 Kepada AJK baru yang bakal terpilih dan kepada AJK lama yang masih lagi kekal, beliau berharap kerjasama antara sesama AJK masih berjalan lancar.Sebagai pengerusi pada sesi yang lepas, En. Md Yakin juga menyerahkan kedudukannya pada pemilihan baru ini. Beliau menerima segala keputusan.

2.5 Sebagai penutup bicara, pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih dan berharap ahli-ahli khairat seluruhnya dapat menegur dan memberikan nasihat dan pandangan demi kelicinan perjalanan pertubuhan khairat dan kematian kariah Taman Seri Mawar.
Tindakan : Makluman

3.    Agenda 3 : Membentang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Pertubuhan Khairat dan Kematian Taman Seri Mawar kali ke 7.
3.1 Pengerusi meminta setiausaha untuk membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 7.

3.2 Setiausaha pertubuhan, En. Tajol Ariffin Hasan meminta ahli-ahli untuk merujuk laporan minit yang dilampirkan bersama dokumen Mesyuarat Agung bermula dari muka surat 7 hingga 12.

3.3 Minit mesyuarat dicadang untuk diluluskan oleh Tn. Hj Jamaludin dan disokong En.Abdullah.
Tindakan : Makluman/Setiausaha

4.    Agenda 4 : Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember, 2017.
4.1 Pengerusi meminta bendahari untuk membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 disember, 2017.

4.2 Bendahari, Tn. Hj Mohd Yusof Zakaria meminta ahli-ahli untuk merujuk laporan Penyata Kewangan tersebut yang turut dilampirkan bersama dokumen Mesyuarat Agung bermula dari muka surat 13 hingga 15.

4.3 Laporan Penyata Kewangan tersebut telah dicadang untuk diluluskan oleh Tn. Hj Jamaludin dan disokong En.Abdullah.


      Ringkasan Wang Kutipan Khairat
                                                                        Nota :   Wang masuk     – RM23,703.25
                                                                                    Wang keluar      – RM17,000.00
Baki                   – RM28,855.30

Ringkasan Wang Senggara

Nota :   Wang masuk     – RM02,315.75
                                                                                    Wang keluar      – RM05,428.36
Baki                   – RM01,795.29


Tindakan : Makluman/Bendahari


*Tn. Hj. Zainal selaku pengerusi mesyuarat menangguh mesyuarat agung seketika untuk memberi laluan kepada ketibaan YB Tn Hj. Ismail Ahmad.

5.    Agenda 5 : Ucapan Perasmian oleh YB Tn Hj Ismail Ahmad, Adun Labu.
5.1 YB Tn. Hj Ismail Ahmad selaku VIP jemputan yang merasmikan mesyuarat agung mengucapkan salam beserta slogan kerajaan iaitu Bersih, Muafakat dan Mesra. Menurut YB, slogan itu bermaksud bersih luar dan dalam, fizikal dan mental. YB yang juga merupakan  Adun Labu merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan orang Melayu khususnya.

5.2 YB yang difahamkan akan ada pemilihan AJK baru pada mesyuarat agung kali ini suka mengingatkan ahli-ahli agar memilih mereka yang boleh bekerjasama dan dapat memberikan komitmen yang tinggi kerana pertubuhan ini berkait rapat dengan kemaslahan orang ramai.

5.3 Tujuan pertubuhan ialah untuk memberi bantuan awal jika ahli-ahli ditimpa musibah. Justeru AJK perlu faham tanggungjawab masing-masing.
5.4 YB memaklumkan beliau tidak dapat berucap panjang kerana jadual beliau begitu padat. Selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kariah Taman Seri Mawar ini, beliau akan bergegas ke Kuala Pilah pula.
5.5 YB tidak dapat menjanjikan berapa dan bila sumbangan boleh diberikan kerana untuk tahun ini (2018), peruntukan Dun beliau telah habis. Bagaimanapun insya Allah pada tahun 2019 nanti, beliau akan menyumbang..
5.6 Seterusnya dengan lafaz bismillahhirahmannirrahim YB merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Khairat dan Kematian Kariah Taman Sri Mawar bagi kali ke 7.
Tindakan : Makluman ahli

6.    Agenda 6 : Membubar dan Melantik AJK Baru (sesi 2018-2020)
6.1 Pengerusi majlis mengumumkan pembubaran AJK lama.
6.2 Pelantikan pengerusi mesyuarat agung dan pelantikan pencatat minit. Mesyuarat setuju  melantik pengerusi majlis untuk terus mempengerusikan mesyuarat agung seterusnya melantik Pn Sharul Afizah untuk mencatat minit mesyuarat agung.
6.3 Berikut adalah keputusan pemilihan AJK Baru (2018-2020).

NO
NAMA
JAWATAN
TEL
KARIAH
1
Tn. Hj. Mohd Sharif b. Mohammad
Penasihat 1
019-654 4400
TSM 2
2
Ust Mohd Nor
Penasihat 2
013-342 414

3
Md. Yakin b. Aminudin
Pengerusi
017-234 6958
TSM 1
4
Hj Khalil b. Senin
Timb. Pengerusi
010-7896266 
TSM 2
5
Ahmad Alwee b. Abd. Ghani
Setiausaha
019-675 9930
TSM 1
6
Sharul Afizah bte Mohd Idris
Penolong Setiausaha
019-360 3317
TSM 1
7
Mohd Yusof b. Zakaria
Bendahari
012-371 3681
TSM 1
8
Azizah bte Wahab
Ahli Jawatankuasa

TSM 1
9
Abdullah b. Othman
Ahli Jawatankuasa
013-689 7030
TSM 1
10
Rasidah bte Sujak
Ahli Jawatankuasa

TSM 1
11
Zaimah bte Ahmad
Ahli Jawatankuasa

TSM 1
12
Rohana bte Mohd Darus
Ahli Jawatankuasa
012-634 7524
TSM 1
13
Liley bte Abd Samad
Ahli Jawatankuasa
017-238 8403
TSM 1
14
Hamzah b. Shamsudin
Ahli Jawatankuasa
013-367 8101
TSM 1
15
Rosnaini bte Hj. Harun
Ahli Jawatankuasa
012-627 9435
TSM 1
16
Effiza Shezmin B Yazidd
Ahli Jawatankuasa
014-333 7806
TSM 1
17
Mohd Hisham b. Sabu
Ahli Jawatankuasa
019-230 7721
TSM 1
18
Nekmat b. Takin
Ahli Jawatankuasa
017-629 7384
Flat
19
Tajol Ariffin b. Hasan
Ahli Jawatankuasa
011-1198 9874
Flat
20
Hj. Ruzali b. Said
Ahli Jawatankuasa
014-265 8952
Flat
21
Rogayah bt sazal ali
Ahli Jawatankuasa
012-904 2938
Flat
22
Hj. Mohd Dzin b. Mohd Amin
Ahli Jawatankuasa
012-671 9841
TSM 2
23
Hj. Zainal b. Hj. Yahya
Ahli Jawatankuasa
012-699 2630
TSM 2 
24
Hj. Jamaluddin b. Ahmad
Ahli Jawatankuasa
013-392 0133
TSM 2
25
Mohd Yassin b. Hj. Zakaria
Ahli Jawatankuasa
017-608 3115
TSM 2
26
Zulkifli b Hasan
Pemeriksa Kira-Kira 1
017-234 6995
Flat
27
Hj. Mohamad Aris b. Hj. Abdullah
Pemeriksa Kira-Kira 2
018-662 1927
TSM 1
28
Berhan b. Alias
Pemegang Amanah 1
012-6049665
TSM 1
29
Md Daud b. Bahudin
Pemegang Amanah 2
011-39948441
TSM 1
30
Tn. Hj. Abbas b. Lode
Pemegang Amanah 3
019-623 4381
TSM 1

7.    Agenda 7 : Membahas dan Meluluskan Usul.
7.1 Usul 1 – Pn. Shahrul Afizah mencadangkan yuran kemasukkan ahli baru untuk anak   waris di kekalkan sebanyak rm100(ahli baru) + rm10(yuran selenggara), semua ahli khairat TSM setuju sebulat suara.

7.2 Usul 2 – Pn. Shahrul Afizah mencadangkan yuran kemasukkan ahli baru untuk bukan anak waris dinaikkan sebanyak rm250(ahli baru) + rm10(yuran selenggara), cadangan di tolak sebulat suara oleh ahli khairat TSM

7.3 Usul 3 – En. Abdullah mencadangkan yuran kemasukkan ahli baru di           naikkan sebanyak rm450 + rm10(yuran selenggara), cadangan diterima sebulat suara oleh ahli khairat TSM


7.4 Usul 4 – Tn pengerusi En. Md. Yakin mencadangkan agar sumbangan khairat kematian di naikkan dari rm1700 satu kematian kepada rm2000, cadangan diterima sebulat suara oleh ahli khairat TSm

7.5  Usul 5 – En Tajul mencadangkan agar yuran selenggara di naikkan dari rm5 kepada rm10, cadangan diterima sebulat suara oleh ahli khairat TSM

Tindakan : Makluman ahli, Pengerusi, S/U, Bendahari dan AJK

  

8.    Agenda 8 : Lain-lain Hal
8.1  En.Ruslan mencadangkan agar penyata kewangan pada tahun hadapan(2019) disertakan sekali salinan Photostat bank, Bendahari mengambil maklum akan usul ini.

8.2 Ahli mencadangkan agar diadakan group whats up untuk semua ahli khairat, cadanngan ini ditolak oleh Tuan Pengerusi kerana sudah ada group whatsaap untuk barisan ajk, jika ada apa apa info,  ajk setiap taman akan maklumkan kepada ahli

8.3 Ahli mencadangkan agar bayaran rm10 bagi satu kematian dikurangkan ke rm5, cadangan ditolak sebulat suara oleh ahli khairat TSM, kerana memandangkan sumbangan untuk khairat bagi ahli dan waris yang meninggal sudah dinaikkan dari rm1700 ke rm2000.


9.    Agenda 9 : Ucapan Penangguhan

9.1 Akhir sekali pengerusi memohon ampun dan maaf jika ada kekhilafan sepanjang berjalannya Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan. Pengerusi menangguhkan mesyuarat tepat jam 12:45 tengah hari. Seterusnya menjemput hadirin menikmati jamuan makan tengah hari yang telah disediakan.



Laporan disediakan oleh :                                                                  Disemak oleh :



……………………………..                                                         ……………………………..
  En. Ahmad Alwaee Abd Ghani                                                   En. Md Yakin bin Aminudin                                                            
            Setiausaha                                                                                  Pengerusi






MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2017


Tarikh                   :  26/03/2017

Masa                     :  08:30 Pagi

Tempat                 :  Surau Infitah Al-Khairiah

Perasmian oleh     :   Ybhg Tuan Hj. Hamzah Madan

                                Imam 1 Masjid Ar Raudhah

Kehadiran Jemaah :  i)  Taman Sri Mawar 1         -   51 
                               ii) Taman Sri Mawar 2          -   22 
                              iii) Flat Senawang Fasa 2      -   04 
                                 Jumlah      -   83 

1. Agenda 1 : Ucapan Aluan Pengerusi         
          1.1     Pengerusi Pertubuhan Khairat dan Kematian Taman Seri Mawar, En. Md Yakin Aminudin dalam ucapan aluannya melahirkan rasa syukur kerana untuk ke enam kalinya; Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Khairat ini berjaya dilaksanakan sesuai dengan kehendak dan peraturan Pendaftar pertubuhan
          1.2     En Md Yakin mengucapkan salam dan selamat datang kepada Ybhg Al Fadil Tuan Hj. Hamzah Madan kerana kesudian beliau datang merasmikan mesyuarat agung pada kali ini. Seterusnya pengerusi juga mengucapkan setinggi terima kasih kepada barisan AJK yang selama ini bekerjasama bertungkus lumus bersama beliau untuk memastikan perjalanan pertubuhan lancar dan teratur. Tidak lupa pengerusi berterima kasih atas kesudian ahli-ahli khairat dari 3 taman perumahan yang hadir pada pagi ini bagi memberi sokongan kepada mesyuarat.
          1.3     Dalam ucapan aluannya, En Md Yakin turut melahirkan rasa kurang seronok dengan jumlah kehadiran ahli-ahli meskipun mesyuarat diadakan pada hari minggu iaitu hari cuti umum bagi kebanyakan ahli. Beliau turut menyentuh perihal kutipan khairat yang agak perlahan. Bagaimanapun beliau menasihatkan kepada pemungut-pemungut khairat agar menganggap ini adalah cabaran bagi mereka dan mereka akan terus bersemangat untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Sekaligus pengerusi amat berharap, ahli-ahli yang masih gagal membuat bayaran wang khairat, agar dapat berbuat demikian dengan kadar segera ataupun mana-mana ahli yang bermasalah, boleh datang berbincang dengan barisan AJK khairat untuk mencari titik penyelesaian.
          1.4     Pindaan pada perlembagaan tersebut membolehkan setiap taman akan mendapat giliran menjalankan Mesyuarat Agung serta menjalankan pelantikan AJK baru. Jika mengikut perlembagaan lama, cuma Flat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 sahaja yang akan dapat menjalankan Mesyuarat Agung bersekali dengan pelantikan AJK baru.

Bagaimanapun beliau menasihatkan kepada pemungut-pemungut khairat agar menganggap ia adalah cabaran bagi mereka dan mereka akan terus bersemangat untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka. 1.4  Pengerusi amat berharap, ahli-ahli yang masih gagal membuat bayaran wang khairat, agar dapat berbuat demikian dengan kadar segera ataupun mana-mana ahli yang bermasalah, boleh datang berbincang dengan barisan AJK khairat untuk mencari titik penyelesaian.
          1.4     Pengerusi tidak mahu bercakap panjang kerana hendak memberi laluan kepada Al Fadil Tuan Haji Hamzah berucap dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung kali ke 6 Pertubuhan Khairat dan Kematian Taman Seri Mawar. Beliau mengakhiri ucapan aluan beliau dengan sekali lagi berterima kasih kepada hadirin yang berkesempatan hadir. Beliau memohon ampun dan maaf andainya kedapatan salah dan silap serta ada mengguris perasaan ahli-ahli dalam ucapan aluan beliau tadi.

2. Agenda 2 : Ucapan Perasmian
          2.1     Tuan Hj Hamzah yang juga imam Masjid Ar Raudah, Taman Rasa Sayang melahirkan rasa terharu kerana dipanggil sekali lagi untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Khairat dan Kematian Kariah Taman Seri Mawar. Ini adalah kali kedua beliau merasmikan mesyuarat agung khairat Taman Seri Mawar. Kali pertama pada tahun 2014. 
          2.2     Sepatutnya yang lebih layak merasmikan mesyuarat agung ini adalah Pengerusi Masjid Ar Raudah iaitu Ustaz Zulkifli tetapi oleh kerana Ustaz Zulkifli ada tugasan lain dan berada di luar kawasan, maka Imam Hamzah telah menganggantikan tempat beliau.
          2.3     Imam Hamzah yang juga pengerusi Pertubuhan Khairat Taman Rasa Sayang mengingatkan kepada ahli-ahli bahawa perihal kematian ini adalah fardhu kifayah, yakni semua AJK kena payah (susahkan diri) untuk menguruskan sesuatu kematian dengan lancar.
          2.4     Beliaupun tidak dapat berucap panjang kerana ada hal lain yang perlu beliau hadiri. Imam Hamzah merasmikan mesyuarat agung khairat dengan lafaz bismillahhirrahmannirrahim.

3.         Agenda 3 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2016.
          3.1     Pengerusi majlis mempersilakan setiausaha pertubuhan untuk membentangkan minit mesyuarat agung 2016. 
          3.2     Setiausaha, En Tajol Ariffin bin Hasan membentangkan laporan minit Mesyuarat Agung kali ke 6 dengan meminta ahli-ahli merujuk pada muka surat 7 hingga 15.
4.         Agenda 4 : Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan 2016.
          4.1     Pengerusi majlis mempersilakan bendahari pertubuhan untuk membentangkan Laporan Penyata Kewangan 2016. 
          4.2     Bendahari, Hj Yusof Zakaria membentangkan laporan Penyata Tahunan Kewangan kali ke 6 dengan meminta ahli-ahli merujuk pada muka surat 16 hingga 22.

5. Agenda 5 : Membahas Usul.
          5.1   Usul 1: Tn Hj. Ruzali Said.
          i) Mencadangkan agar tindakan diambil terhadap mana-mana ahli yang gagal melunaskan yuran tahunan dan yuran khairat. Mesyuarat memutuskan mana-mana ahli yang gagal melunaskan kedua-dua yuran di atas sebanyak 5 kali, diberikan surat amaran. Surat amaran ini memberikan tempoh selama 14 hari untuk ahli tersebut membayar segala tunggakan atau hutang yuran tahunan dan yuran khairat.
          ii) Mencadangkan anak-anak ahli yang hendak menjadi ahli (ahli baru) diberikan diskaun. Setiausaha memaklumkan ia perlukan pindaan perlembagaan. Pengerusi menambah, tiada diskaun diberikan akan tetapi bolehlah bayaran keahlian tersebut (RM105.00) dibayar secara ansuran.
          5.2   Usul 2 : Ruslan Zakaria
          i) Mencadangkan agar Penyata Kewangan pada tahun hadapan (2018) disertakan sekali dengan salinan photostat bank. Bendahari mengambil maklum akan usul 2 ini.
          ii) Mencadangkan senarai ahli-ahli khairat dipaparkan di setiap surau untuk tujuan rujukan ahli. Setiausaha memaklumkan perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK yang lepas. Setiausaha akan membuat kemaskini sebelum senarai tersebut dipaparkan di setiap surau.Senarai ini juga sebenarnya boleh dirujuk di laman blog khairat.
          5.3 Usul 3 : Zulkifli Hasan
surau. Menurut Setiausaha, senarai ini juga sebenarnya boleh dirujuk di laman blog khairat.
          iii) Mengusulkan agar ditambah 1 lagi kolum dalam Borang Ahli iaitu dimasukan sekali ‘tanggungan/waris’. Setiausaha mengambil maklum akan usul 4 (iii) ini. 
          5.3 Usul 3 : Tn Hj. Jamaludin Ahmad
          i) Bertanya bagaimana prosuder anak ahli yang menetap di luar khariah tetapi ingin menjadi ahli khairat. Beliau berkata perkara ini mesti diputuskan sebagai satu usul dalam mesyuarat agung. Pengerusi menjawab, ia boleh diterima tetapi ibu bapa (ahli khairat) mestilah menjadi penjamin untuk membuat segala bayaran awal bagi kutipan yuran tahunan dan yuran khairat. Mesyuarat sebulat suara bersetuju terhadap usul ini.
          ii)  Mengusulkan anak yang telah berkahwin tetapi telah bercerai atau suami/isteri telah meninggal dunia, secara otomatik menjadi tanggungan ibubapa. Beerti mereka juga menerima faedah khairat. Pengerusi menjawab, perkara ini bertentangan dengan hukum syarak. Pengerusi mengusulkan agar anak tersebut mendaftar menjadi ahli sebagaimana prosuder biasa.
          iv) Bertanya siapakah waris/penama bagi ahli yang tidak berkahwin? Pengerusi menjawab, terpulang pada ahli tersebut untuk meletakan siapa yang dipercayainya.
          5.4 Usul 4 : En Md Yakin Aminudin
          Mengusulkan agar wang tunai ditangan bendahari dinaikan daripada RM2000.00 kepada RM3400.00. Ini untuk memudahkan bendahari jika berlaku kes ahli meninggal 2 orang dalam waktu yang dekat.
          5.5 Usul 5 : Tn Hj Yusof Zakaria
          Mengusulkan bagi ahli khairat yang telah meninggal dunia dan meninggalkan anaknya menjadi yatim piatu, maka anak tersebut secara otomatik menjadi ahli khairat mewarisi keahlian ibubapanya. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan usul ini.
          5.6 Usul 6 : Ahmad Sejagi
          Bertanya adakah dibenarkan penyewa untuk menjadi ahli khairat? Pengerusi menjawab ‘dibenarkan’. Sebab ini mengambil kira hukum fardhu kifayah. Jika berlaku kematian sama ada kepada penduduk tetap atau penyewa, jenazah perlu dikebumikan oleh masyarakat setempat. Jika penyewa itu ahli, urusan akan menjadi lebih mudah.
6. Agenda 6 : Lain-lain hal
          6.1 Pn Timah bertanya hal kenaikan faedah khairat. Pengerusi majlis, Tn Hj Jamaludin mewakili pengerusi khairat menjawab; perkara kenaikan ini telah dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat AJK baru-baru ini dan pihak AJK sebulat suara memutuskan sebarang kenaikan faedah khairat hanya akan dibahas/usul setiap 2 atau 3 tahun sekali. Ini untuk membolehkan AJK menilai prestasi kewangan semasa khairat serta prestasi keberkesanan kutipan khairat. Hal ini penting untuk memastikan kewangan khairat sama kukuh dengan keberkesanan kutipan khairat.
          6.2 Pengerusi khairat memaklumkan nilai kutipan khairat pertubuhan ini adalah yang tertinggi di Negeri Sembilan dan berdasarkan anggaran pengiraan semasa, kos pengurusan jenazah adalah seperti berikut :
                   i)   Kapan              —RM0380.00
                   ii) Kubur               —RM0220.00
                   iii) Permit MPS      —RM  080.00
                   iv) Van jenazah     —RM0100.00
                   v) Imam dan talkin—RM0100.00
                   vi) Khemah            —RM0150.00
                                    JUMLAH—RM1030.00
         
          * Bermakna dengan faedah khairat yang diterima sebanyak RM1700.00, waris ada lebihan baki sebanyak RM670.00. baki ini bolehlah digunakan untuk sedikit sebanyak menampung kos mengadakan kenduri tahlil atau lain-lain.
7. Agenda 7 : Ucapan Penangguhan
          7.1     Pengerusi bersyukur kerana perjalanan mesyuarat lancar dan tidak berlaku sebarang ketenganggan. Beliau berpuasa hati terhadap idea-idea ahli yang rata-ratanya membuat usul yang secara langsung menambahbaikan pengurusan pertubuhan khairat.
          7.2  Mesyuarat agung kali ke 6 ditangguhkan pada jam 11:30 pagi. 


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2016


Tarikh                   :  27/03/2016

Masa                     :  08:30 Pagi

Tempat                 :  Surau Taman Sri Mawar 2

Perasmian oleh     :   Ybhg Dato’ Abdul Karim Mustafa

                                 Naib Ketua Umno Bahagian Rasah

Kehadiran Jemaah :  i)  Taman Sri Mawar 1           -   51
                                ii) Taman Sri Mawar 2           -   22
                                iii) Flat Senawang Fasa 2       -   20
                                                          Jumlah        -   93


1. Agenda 1 : Ucapan aluan Pengerusi Majlis    
          1.1     Pengerusi majlis; Tn Hj. Zainal Hj. Yahya melahirkan rasa kesyukuran kerana sekali lagi Pertubuhan Khairat dan Kematian Taman Sri Mawar dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi kali yang ke 5. Kehadiran ahli-ahli pertubuhan pada pagi ini sebagai membuktikan kepentingan peranan pertubuhan khairat kepada orang ramai.
          1.2     Beliau juga berterima kasih kepada AJK Pertubuhan kerana melantik beliau untuk menjadi pengerusi majlis bagi tahun ke 2 berturut-turut.
          1.3     Pengerusi majlis memaklumkan pada tahun ini (2016) akan diadakan pelantikan AJK baru sesuai dengan kehendak pindaan perlembagaan pada Fasal 9 Perkara (1), iaitu diadakan pemilihan AJK baru setiap 2 tahun sekali.
          1.4     Pindaan pada perlembagaan tersebut membolehkan setiap taman akan mendapat giliran menjalankan Mesyuarat Agung serta menjalankan pelantikan AJK baru. Jika mengikut perlembagaan lama, cuma Flat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 sahaja yang akan dapat menjalankan Mesyuarat Agung bersekali dengan pelantikan AJK baru

2. Agenda 2 : Ucapan Aluan Mantan Pengerusi
          2.1     Mantan Pengerusi, En. Md. Yakin Aminudin berharap pemilihan AJK pada tahun ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa ada masalah. Beliau amat berharap agar kepimpinan baru yang akan dilantik nanti dapat memberikan komitmen ke arah menjadikan pertubuhan lebih baik dan teratur.
          2.2     Beliau mengambil kesempatan dalam ucapan beliau dengan memohon ampun dan maaf bagi pihak dirinya dan seluruh barisan AJK lalu, jika ada kesilapan yang terjadi sama ada disedari ataupun tidak sepanjang 5 tahun mentadbir pertubuhan.
          2.3     Tidak lupa juga beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengerusi surau Taman Sri Mawar 2, Tn. Hj. Jamaludin dan barisan AJKnya kerana sudi menjadi tuan rumah pada Mesyuarat Agung pertubuhan kali ini. Mesyuarat agung pertubuhan diadakan secara giliran pada setiap taman dan biasanya lokasi mesyuarat ialah di surau setiap taman.
          2.4     Keahlian pertubuhan khairat menunjukan peningkatan pada setiap tahun sekaligus menunjukan kepercayaan masyarakat terhadap kebolehan pertubuhan menangani kes-kes kematian dengan baik. Statistik terkini keahlian ialah 335 orang termasuk 9 orang yang mendaftar sebelum mesyuarat agung.

3. Agenda 3 : Ucapan Ybhg Dato’ Abdul Karim Mustafa (Naib Ketua Umno Bahagian Rasah)
          3.1     Ybhg Dato’ Abdul Karim Mustafa mengucapkan syabas dan tahniah kerana pertubuhan berjaya mengadakan Mesyuarat Agung bagi kali yang ke 5. Ybhg Dato’ juga terharu kerana dijemput untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut walaupun bukan atas kapasiti YB maupun Adun.
          3.2     Beliau mengingatkan kepada ahli-ahli bahawa beliau tidak memerlukan sambutan yang terlalu VIP. Beliau sendiri berasal dari kampung dan menjalani kehidupan secara sederhana. Beliau lebih selesa dilayan seperti orang biasa.
          3.3     Ybhg Dato’ suka juga berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi CEO Yayasan Pelajaran Mara. Beliau telah memperkenalkan Skim Bantuan Tahfiz yang antara lain memberi bantuan kepada pelajar-pelajar tahfiz yang mengalami masalah kewangan. Dengan pengenalan skim ini, Ybhg Dato’ berharap bilangan tahfiz dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pertubuhan juga boleh memikirkan sesuatu yang bersifat kepentingan umat Islam.
          3.4     Ybhg Dato’ turut menasihatkan agar AJK-AJK pertubuhan jangan lupa untuk selalu melihat ke bawah biarpun telah memegang kedudukan yang tinggi dalam pertubuhan. Ini untuk memberi kesedaran bahawa kita tidak sentiasa duduk di atas dan merasa sombong kerana asalnya kita juga duduk di bawah. Setiap apa yang berlaku kepada kita tentu ada asbabnya.
          3.5     Pertubuhan hendaklah berperanan menyatupadukan seluruh kariah terdiri dari orang muda dan tua serta pelbagai peringkat umur dengan menganjurkan apa-apa aktiviti yang boleh mendekatkan orang ramai dengan pertubuhan.
          3.6     Amanah mengendali dan mentadbir urusan wang khairat merupakan amanah yang berat. Justeru kepimpinan pertubuhan perlulah sentiasa menambah baik urusan pertubuhan dari segenap sudut. AJK perlu berganding bahu dan bekerjasama demi memastikan pertubuhan dapat berjalan lancar.
          3.7     Pertubuhan juga mungkin boleh memikirkan sistem kutipan yang baru dan sistematik seperti bekerjasama dengan takaful dan membuat pelaburan dalam wakaf-wakaf tertentu yang mampu memberi pulangan sehingga 30% atas persetujuan mesyuarat AJK.
          3.7     Ybhg Dato’ juga berharap pertubuhan dapat membetulkan tanggapan orang ramai khususnya mereka yang bukan beragama Islam tentang agama Islam itu sendiri menolak keganasan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
            3.8       Dalam ucapannya juga, Ybhg Dato’ mengumumkan memberi sumbangan kepada tabung khairat sebanyak RM1000.00. Beliau memaklumkan jawatan beliau sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Rasah tidak membolehkannya mendapat sebarang peruntukan untuk disumbangkan kepada mana-mana badan NGO. (Sumbangan telah diserahkan secara tunai oleh Ybhg Dato’ kepada Bendahari sebaik selesai berucap dan merasmikan mesyuarat).
(Pengerusi Majlis menangguhkan mesyuarat agung bagi memberi laluan kepada Ybhg Dato’ menikmati jamuan pagi. Mesyuarat agung disambung selepas selesai jamuan)

4.       Agenda 4 : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung  lalu.
          4.1     Pengerusi majlis mempersilakan setiausaha, En. Tajol Ariffin Hasan membentangkan minit mesyuarat agung 2015.
          4.2     Setiausaha meminta ahli-ahli merujuk pada dokumen mesyuarat agung yang disertakan bermula dari muka surat 8 hingga 15.

5. Agenda 5 : Membentang dan mengesahkan  Penyata Kewangan lalu yang berakhir pada 31hb Dec, 2015.
          5.1     Pengerusi majlis mempersilakan bendahari, Tn. Hj. Mohd Yusof Zakaria membentangkan penyata kewangan berakhir 2015.
          5.2     Bendahari meminta ahli-ahli merujuk pada Penyata Kewangan di dalam dokumen mesyuarat agung yang disertakan bermula dari muka surat 17 hingga 20.



6. Agenda 6 : Pembubaran AJK 2014 - 2016.
          6.1     Pengerusi majlis membubarkan barisan AJK lama untuk membolehkan pemilihan dan pelantikan AJK bagi pentadbiran 2016—2018 dijalankan. Semua barisan AJK mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberi laluan kepada AJK baru.

7.       Agenda 7 : Pelantikan Pengerusi Mesyuarat Agung dan Pencatat Minit serta Pelantikan AJK 2016– 2018 .
          7.1     Mesyuarat bersetuju supaya pengerusi majlis; Tn. Hj. Zainal Hj. Yahya terus mempengerusikan mesyuarat pemilihan AJK baru. Manakala pencatat minit pula ialah Pn. Sharul Afizah Mohd Idris.
          7.2     Berikut adalah cabutan keputusan pelantikan AJK 2016 - 2018.

(Lihat jadual di bawah) :-

8.       Agenda 8 : Membahas dan Meluluskan Usul.
          8.1     Usul 1. Kursus Mandi Jenazah. Dua daripada 3 taman yang bergabung dalam pertubuhan khairat ini bercadang untuk menganjurkan kursus mandi jenazah pada tahun ini iaitu dari taman Sri Mawar 2 dan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Pertubuhan sendiri akan mengambil inisiatif positif dalam penganjuran tersebut melalui penyertaan dikalangan ahli-ahli dan mungkin atas persetujuan AJK; akan turut menyumbang dana.
          8.2     Usul 2. En. Ahmad Alwee Abd. Ghani mengusulkan kenaikan jumlah pembayaran wang khairat kematian daripada RM1500.00 ke RM2000.00. Beliau berpendapat dengan kewangan yang ada sekarang, pertubuhan dirasakan mampu menambah jumlah wang khairat seperti yang diusulkan. Pengerusi berpendapat kenaikan tersebut agak tinggi jika difikirkan kesannya jika berlaku kematian mengejut yang melibatkan jumlah yang ramai. Mengambil contoh andainya berlaku kemalangan kereta yang melibatkan 1 keluarga terdiri dari 5 orang maka sudah tentu pertubuhan perlu mengeluarkan sejumlah RM10,000.00 peruntukan wang khairat. Memang jika kutipan dijalankan maka pertubuhan akan berkemampuan untuk membayar malah akan mendapat lebihan wang. Cuma kita tidak dapat menjangkakan adakah kutipan dapat dijalankan dengan lancar sehingga mencapai kutipan sekurang-kurangnya 50 ke 60%. Menurut Hj. Mohd. Yusof Zakaria selaku bendahari pula, pertubuhan tidak sama sekali bermaksud untuk mengumpul sebanyak mungkin wang khairat tetapi perlu menguruskan kewangan pertubuhan dengan mengekalkan belanjawan berimbang. Justeru kelakpertubuhan tidak akan ada masalah jika berlaku musibah kematian dalam angka yang besar.
          8.3     Usul 3. Hj. Jamaluddin mengusulkan agar dibuat pindaan pada perlembagaan pertubuhan berkenaan jumlah kehadiran minima dalam mesyuarat agung pertubuhan. Jumlah minima kehadiran dalam perlembagaan  lama ialah 3 kali daripada jumlah AJK bersamaan 30 kali 3 iaitu 90 orang. Beliau mengusulkan agar jumlah minima ialah 1/4 daripada jumlah ahli semasa atau ahli berdaftar. Usul ini dipersetujui sebulat suara.
          8.4 Usul 4. Hj Abbas mengusulkan agar bendahari dan pengerusi segera menukar tanda tangan di CIMB bank. Tanda tangan tersebut masih belum ditukar setelah 2 tahun beliau meletak jawatan sebagai bendahari. Beliau tidak mahu adanya perkara berbangkit kelak.
          8.5 Usul 5. Hj Jamaluddin mengusulkan agar kutipan ke atas ahli yang bermasalah membayar wang khairat dibuat dengan tegas. Setiausaha akan mengambil usul ini berpandukan peruntukan perlembagaan pada Fasal 5.
          8.6 Usul 6. Hj Ruzali Said mengusulkan agar mereka yang dipertanggunjawabkan untuk mengutip wang khairat bila berlaku kematian hendaklah membawa bersama sijil kematian sebagai bukti dan mengelakan sebarang prasangka.
          8.7 Usul 7. En. Tajol Ariffin Hasan mengusulkan pendaftaran ahli baru dinaikan daripada RM50.00 kepada RM100.00, manakala yuran tahunan RM5.00 dikekalkan. Usul ini mendapat sokongan sebulat suara.

9     Agenda 9 : Ucapan Penangguhan.
          9.1     Pengerusi yang dilantik semula, En. Md Yakin Aminuddin sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberikan peluang kepadanya sekali lagi untuk mentadbir pertubuhan dengan dibantu oleh AJK-AJK yang turut dilantik semula.
          9.10   Dengan mengekalkan hampir 90% AJK lama membuktikan ahli-ahli mempercayai kebolehan AJK lama bersama-sama pengerusi mentadbir perjalanan pertubuhan.
          9.11   Pengerusi mengingatkan kepada barisan AJK yang dilantik sama ada yang lama atau yang baru dilantik, mereka kini memengang amanah dan kepercayaan ahli-ahli maka mereka perlu berganding bahu dalam memastikanperjalanan pertubuhan khairat ini bertambah baik dari tahun-tahun yang sudah. Pengerusi juga berharap agar mana-mana ahli yang mempunyai idea dan cadangan untuk penambahbaikan pertubuhan agar dapat berkongsi idea tersebut bersama-sama dengan AJK.   
            9.12     Mesyuarat Agung pertubuhan ditangguhkan pada jam 12:00 tengah hari. Seterusnya pengerusi menjemput ahli-ahli untuk  menikmati makan tengah hari.


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2015

PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SRI MAWAR
(1109-11-NSE)
Tel: 017-2346 958  (Pengerusi),  011-11989874 (Setiausaha), 016-6778 737 (Bendahari).
 

MINIT MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SRI MAWAR  

Tarikh             :           29hb. Mac 2015
Masa              :           09.00 pagi (Ahad)
Tempat           :           Surau Taman Sri  Mawar 1
Perasmian     :           YB Tuan Mohd Ghazali bin Abd. Wahid  (Adun Paroi)
Kehadiran     :          

BIL
REKOD KEHADIRAN MESYUARAT
1
Kehadiran
-       Taman Sri Mawar 1
-       Taman Sri Mawar 2
-       Rumah Pangsa Fasa 2
-       Jumlah

78 Orang
11 Orang
22 Orang
111 Orang
2
Tidak Hadir
202 Orang
3
Jumlah Ahli Berdaftar
313 Orang

1. Agenda 1 : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 
1.1 Tn. Hj Zainal bin Hj. Yahya merakam ucapan terima kasih kepada mesyuarat kerana melantik beliau untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Khairat. Seterusnya beliau mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Pertubuhan Khairat yang terdiri dari 3 taman perumahan. Beliau turut merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK yang telah dapat mentadbir pertubuhan dengan baik. 

1.2 Sebagai mantan setiausaha, beliau dapati pentadbiran pertubuhan kini menjadi lebih baik, tersusun dan kemaskini. Beliau turut memaklumkan setiausaha baru juga telah berjaya membina laman blog pertubuhan yang mengandungi segala maklumat yang diperlukan oleh ahli-ahli seperti melihat senarai penuh ahli-ahli pertubuhan khairat, senarai AJK, borang keahlian dan dokumen penuh perlembagaan. Semua maklumat ini boleh dimuat turun melalui laman blog tersebut. Laman blog tersebut boleh dicapai melalui alamat sesawang berikut : http://pertubuhankhairatdankematian.blogspot.com 

1.3 Urusan pendaftaran pertubuhan ke dalam sistem e-roses juga telah berjaya dilakukan oleh setiausaha. 

1.4 Dana pertubuhan juga dilihat telah bertambah begitu juga dengan bilangan ahli baru yang mendaftar. Jumlah ahli terkini adalah seramai 313 orang. Ini menunjukan keyakinan penuh orang ramai terhadapat kebaikan yang ditawarkan oleh pertubuhan.

1.5 Pengerusi mesyuarat juga memaklumkan tiada pelantikan jawatan pada tahun ini.

1.6 Seterusnya pengerusi mesyuarat mempersilakan Ustaz Awal untuk membacakan doa dan membaca surah Yunus dari ayat 43 – 57. Agenda berikutnya ialah ucapan aluan oleh En. Md Yakin selaku pengerusi pertubuhan khairat.

2. Agenda 2 : Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan.
2.1 En. Md Yakin memberi salam dan mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli pertubuhan dan tidak lupa berterima kasih kepada semua barisan AJK yang telah banyak membantu beliau mentadbir pertubuhan khairat sepanjang tahun 2014 yang lalu. Beliau berharap agar nilai kerjasama antara barisan AJK ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

2.2 Beliau turut mengulas maksud ayat-ayat surah Yunus yang dibacakan oleh ustaz Awal yang juga timbalan pengerusi pertubuhan. Antaranya Allah-lah yang berkuasa menghidup dan mematikan manusia. Maka patuhlah kepada ajaran Al-Quran yang menjadi petunjuk dan memberi hidayah.

2.3 Pengerusi menegaskan agenda utama pertubuhan khairat ialah memastikan jenazah dan waris mendapat kebaikan dari pertubuhan. Perkara paling penting ialah memastikan jenazah dapat dikebumikan dengan cara paling afdal. Soal duit adalah perkara kedua. Tujuan pertubuhan khairat bukan semata-mata untuk menyimpan sebanyak mungkin duit khairat.

2.4 Pengerusi bersyukur kerana setakat ini segala urusan pengkebumian jenazah berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Pertubuhan khairat telah cuba sedaya upaya menunaikan permintaan waris dengan sebaik mungkin.

2.5 Menyentuh tentang kadar bayaran pengkebumian yang berbeza-beza, pengerusi memaklumkan En. Hamzah yakni salah seorang AJK pertubuhan telah bertemu dengan pihak MPS bagi mendapatkan kadar sebenar yang ditetapkan oleh MPS. Pertubuhan khairat mahukan satu takrif kadar yang sekata yang telah ditetapkan kerana petugas yang menjaga kawasan perkuburan adalah kakitangan MPS yang dibayar gaji tetap. Tinggal lagi untuk sedekah, ia terpulang kepada waris.

2.6 Memandangkan ada kes yang berlaku yang mana bukan ahli pertubuhan khairat telah mendapatkan maklumat tentang pertubuhan daripada bukan ahli. Ini akan memberikan maklumat yang berkemungkinan salah dan boleh memburukan nama pertubuhan dan ahlinya. Justeru pengerusi menyeru agar sesiapa yang bukan ahli dan ingin menjadi ahli agar mendapatkan maklumat sahih daripada barisan AJK yang dilantik atau terus berjumpa dengan beliau, setiausaha ataupun bendahari.

2.7 Dengan berjalannya Mesyuarat Agung Tahunan di Surau Taman Sri Mawar ini bermaksud masuklah pusingan kedua perjalanan pertubuhan khairat. Iaitu masuk umur ke 4 tahun usia pertubuhan khairat. Pusingan pertama telah berakhir dengan ketiga-tiga surau telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung tahunan. Kini ia berbalik kepada Taman Sri Mawar 1 semula. Tahniah!

2.8 Pada 17/3/2015 lalu, pengerusi, setiausaha dan bendahari telah dipanggil bertemu dengan Pendaftar Pertubuhan Negeri Sembilan (ROS). Pada pertemuan tersebut pihak ROS telah mengucapkan tahniah kepada pertubuhan khairat kariah Taman Sri Mawar kerana dapat menjana kewangan yang mantap sehingga mampu membayar wang khairat berjumlah RM1300.00 dan merupakan jumlah wang khairat yang tertinggi di Negeri Sembilan setakat ini.

2.9 Akhir sekali pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih dan berharap ahli-ahli khairat seluruhnya dapat menegur dan memberikan nasihat dan pandangan demi kelicinan perjalanan pertubuhan khairat dan kematian kariah Taman Sri Mawar.

Tindakan : Makluman


3. Agenda 3 : Ucapan YB Tn Mohd Ghazali bin Abd Wahid, Adun Paroi. 
3.1 YB menyampaikan ucapan tahniah kerana pertubuhan khairat berjaya menjalankan mesyuarat agungnya bagi kali yang ke 4. YB juga berkata bahawa beliau juga merupakan mantan pertubuhan khairat di Taman Satria sebelum melepaskan jawatannya bagi memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai wakil rakyat.

3.2 YB berharap ahli-ahli dapat menyokong AJK kerana tidak mungkin AJK dapat menjalankan tanggungjawab dengan lancar tanpa sokongan ahli-ahli yang ramai. 

3.3 Tujuan pertubuhan ialah untuk memberi bantuan awal jika ahli-ahli ditimpa musibah. Justeru adalah baik bagi orang ramai mendaftar menjadi ahli pertubuhan khairat ini.

3.4 Ahli-ahli berhak memberi pandangan dan teguran kepada barisan AJK untuk menambah baik urusan pentadbiran. 

3.5 Dengan jumlah bayaran yuran sebanyak RM5.00 setahun, beliau tidak nampak ianya memberi masalah kepada ahli-ahli. YB juga mengumumkan akan menyumbang sebanyak RM1000.00 kepada tabung pertubuhan khairat.

3.6 Seterusnya dengan lafaz bismillahhirahmannirrahim YB merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Khairat dan Kematian Kariah Taman Sri Mawar bagi kali ke 4.

Tindakan : Makluman

*Tn. Hj. Zainal selaku pengerusi mesyuarat menangguh mesyuarat agung untuk memberi laluan kepada YB menikmati jamuan pagi. Mesyuarat disambung semula sebaik selesai jamuan.


4. Agenda 4 : Membentang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Pertubuhan Khairat dan Kematian Taman Sri Mawar kali ke 4. 
4.1 Pengerusi meminta setiausaha untuk membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 4.

4.2 Setiausaha pertubuhan, En. Tajol Ariffin meminta ahli-ahli untuk merujuk laporan minit yang dilampirkan bersama dokumen Mesyuarat Agung bermula dari muka surat 9 hingga 18.

4.3 Minit mesyuarat dicadang untuk diluluskan oleh Pn Rohani Ariffin dan disokong En. Rahmat. 

Tindakan : Makluman/Setiausaha

5. Agenda 5 : Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember, 2014. 
5.1 Pengerusi meminta bendahari untuk membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 disember, 2014.

5.2 Bendahari, Tn. Hj Mohd Yusof Zakaria meminta ahli-ahli untuk merujuk laporan Penyata Kewangan tersebut yang turut dilampirkan bersama dokumen Mesyuarat Agung bermula dari muka surat 19 hingga 22.

5.3 Laporan Penyata Kewangan tersebut telah dicadang untuk diluluskan oleh En. Hamzah dan disokong oleh Tn. Hj. Abbas

Ringkasan Wang Kutipan Khairat
Nota :   Wang masuk – RM09,078.00
Wang keluar – RM06,500.00
Baki – RM15,644.05 

Ringkasan Wang Senggara
Nota :   Wang masuk – RM08,740.80
Wang keluar – RM03,297.15
Baki – RM05,443.80 


Tindakan : Makluman/Bendahari 


6. Agenda 6 : Membahas dan Meluluskan Usul 
6.1 Usul 1 – Pn. Rohani Ariffin mengusulkan agar kemasukan ahli baru dipermudahkan. Ini kerana berdasarkan peraturan sekarang, setiap ahli yang hendak mendaftar menjadi ahli baru perlu melalui kelulusan mesyuarat AJK. Ia akan mengambil masa lama. Setiausaha menjawab, perkara tersebut berdasarkan peruntukan perlembagaan pertubuhan yang menyebut :

“FASAL 4 : KEAHLIAN
…Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftarkan namanya, nama-nama tanggungannya, lengkap dengan umur dan alamat kepada Setiausaha. Mesyuarat Jawatankuasa berkuasa melulus atau menolak permohonan untuk menjadi ahli".  

6.2 Usul 2 – Diusulkan agar diadakan kursus mandi jenazah. Pengerusi pertubuhan memaklumkan perkara itu memang ada dalam perancangan pertubuhan dan ia kemungkinan akan diadakan pada bulan 5 nanti.  

6.3 Usul 3 – Hj. Abbas mengusulkan jika dapat diwajibkan semua ahli kariah menjadi ahli pertubuhan khairat. Pengerusi berpendapat hal ini agak sukar kerana tujuan pertubuhan bukan untuk memaksa mana-mana individu untuk mendaftar menjadi ahli. Urusan jenazah ini adalah fardhu kifayah. Sama ada individu tersebut ahli atau tidak ahli, jenazah perlu diuruskan. Tinggal lagi atas kesedaran, jika mereka merasakan ada kebaikan dan faedah menjadi ahli, mereka akan mendaftar.

6.4 Usul 4 – Pn. Rohana mencadangkan agar penyewa diberi peluang menjadi ahli. Pengerusi menetapkan syarat; penyewa tersebut mestilah telah menyewa lebih dari 3 bulan dan mendapat sokongan daripada AJK yang tinggal di kawasan dia menyewa.

6.5 Usul 5 – Pn. Norisham mencadangkan agar pertubuhan mengutamakan kebajikan ahli seperti memberi sumbangan kepada ahli-ahli yang sakit,  menziarah ahli yang berada di hospital/rumah dan seumpamanya. Pengerusi bersetuju pada dasarnya tetapi ia perlu merujuk kepada kekuatan kewangan pertubuhan iaitu daripada akuan wang senggara sahaja.

6.6 Usul 6 – Tn. Hj. Mohd Sharif (penasihat pertubuhan) mencadangkan agar ‘Notis Peringatan’ kepada ahli yang tidak membayar wang khairat diberi kelonggaran dengan tidak membatalkan keahlian mereka. Setiausaha menjawab perkara tersebut adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan pada Fasal (5) Perkara (4) : Mana-mana ahli yang gagal membayar wang pertaruhan/wang khairat setelah berlaku kematian, boleh dilucutkan keahlian mereka berdasarkan Fasal (5) Perkara (4) tersebut. Bagaimanapun setiausaha memaklumkan atas budi bicara AJK, tindakan pada Fasal ini belum pernah dikenakan kepada mana-mana ahli yang gagal membayar wang khairat pada tempoh yang diberikan.

6.7 Usul 7 – Tn. Hj Mohd Yusof selaku bendahari mencadangkan agar kutipan wang khairat dapat berjalan lincin dan ahli-ahli memberi kerjasama yang secukupnya. Setakat ini rekod kutipan khairat berjalan kira-kira 70% sahaja.

6.8 Usul 8 – Pengerusi mencadangkan wang bayaran khairat dinaikan kepada RM1500.00 berkuatkuasa dari tarikh mesyuarat agung tahunan (29/03/2015).perkara ini dipersetujui oleh ahli-ahli sebulat suara. Setiausaha akan memohon pindaan perlembagaan Fasal (7) daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

6.9 Usul 9 – Bendahari pertubuhan, Tn. Hj. Mohd Yusof mengusulkan agar pertubuhan khairat menubuhkan satu koperasi khas untuk ahli-ahli. Keuntungan daripada koperasi ini bolehlah disalurkan kepada pertubuhan khairat dan kepada ahli-ahli sendiri dalam bentuk dividen dan bonus. Koperasi akan menumpukan kepada perniagaan teras iaitu menyediakan kelengkapan pengkebumian jenazah. Cadangan yuran kemasukan adalah RM10.00 sahaja seumur hidup manakala saham minima adalah RM20.00. Usul ini menerima sokongan majoriti ahli pertubuhan khairat.

6.10 Segala usul dicadang untuk pengesahan oleh En. Rahmat manakala Hj. Mohd Dzin menyokong.

Tindakan : Makluman ahli, Pengerusi, S/U, Bendahari dan AJK

7. Agenda 7 : Lain-lain Hal
7.1 Tn. Hj  Abbas membangkitkan perkara yang diputuskan dalam mesyuarat AJK lalu (18/3/2015) bahawa yuran tahunan ahli sebanyak RM5.00 dikecualikan untuk tahun 2015. Bendahari berharap ia dapat diteruskan kerana jumlahnya kecil malah ia sebagai satu cara menunjukan komitmen ahli. Majoriti ahli bersetuju yuran ini diteruskan. Setiausaha juga memaklumkan jika berlaku pertindanan keputusan dalam apa-apa mesyuarat, keputusan dalam Mesyuarat Agung hendaklah digunapakai.

7.2 Berbalik kepada Laporan Penyata Kewangan, dividen daripada pelaburan ASB yang tidak dikenakan zakat hendaklah ditukarkan kepada pelaburan sama ada di Bank Islam atau Tabung Haji yang secara automatik telah ditolak wang zakat. Keputusan mesyuarat agung menetapkan pelaburan masih boleh diteruskan dalam akaun ASB manakala wang zakat sebanyak 2.5% setahun itu akan dibayar sendiri oleh pertubuhan khairat. Bendahari juga memaklumkan kepada ahli-ahli bahawa bukanlah menjadi kesalahan kepada pertubuhan melabur wang mereka menerusi pemegang-pemegang amanah yang dilantik berdasarkan pertuntukan perlembagaan Fasal (17) Perkara (1).

Tindakan : Makluman

8. Agenda 8 : Ucapan Penangguhan 
8.1 Akhir sekali pengerusi memohon ampun dan maaf jika ada kekhilafan sepanjang berjalannya Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan. Pengerusi menangguhkan mesyuarat tepat jam 12:00 tengah hari. Seterusnya menjemput hadirin menikmati jamuan makan tengah hari yang telah disediakan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Photobucket
Syarikat atau orang perseorangan yang ingin menyumbang kepada tabungan Pertubuhan bolehlah berbuat demikian sama ada dengan deposit tunai atau cek atas nama PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SERI MAWAR. No akaun Pertubuhan di Bank Islam ialah :
0506-701000-5478

RUANGAN UNTUK IKLAN



Ruangan ini khas untuk iklan sahaja. Iklan yang menyentuh sensiviti perkauman atau agama tidak dibenarkan. Iklan untuk produk-produk non-halal juga tidak dibenarkan. Termasuk iklan-iklan yang menyalahi undang-undang penerbitan. Untuk tempahan iklan sila hubungi admin atau mana-mana AJK Pertubuhan