Jemputan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN pertubuhan khairat kali ke 9 akan diadakan pada 08/03/2020 jam 8:00 pagi bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah. Semua ahli khairat dijemput hadir. Terima kasih

KRONOLOGI PERTUBUHAN

PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SRI MAWAR ditubuhkan bukan saja untuk menunaikan kewajipan fardhu kifayah kepada keluarga yang meninggal tetapi juga secara tidak langsung mewujud dan menjalinkan kerjasama antara penduduk-penduduk muslimin dan muslimat di 3 taman perumahan ketika terjadi musibah kematian. 

Pertubuhan ini ditubuhkan dengan rasminya pada 07hb Mac, 2011 dan telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan no pendaftaran  1109-11-NSE. Dengan pengenalan sistem e-roses (pembaharuan melalui sistem eletronik/secara dalam talian) pada 2013, ia mendapat no pendaftaran e-roses : PPM-022-05-03072011.

Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan keahlian terkumpul dari 3 taman perumahan tidak sampai 200 orang. Ia kemudian meningkat sehingga 297 ahli pada tahun 2013 dan jumlah keahlian pertubuhan terkini (2014) ialah 305 orang dengan jumlah dana melebihi RM15k. Satu ketika tabungan pertubuhan mencecah RM32,805.00 iaitu ketika tiada kematian berlaku dikalangan ahli. Jumlah bayaran pampasan khairat yang pada mulanya bernilai RM800.00 telah dinaikan kepada RM1,300.00, seterusnya kepada RM1700.00 dan terkini RM2000.00 (2019) 

Dari aspek pengurusan pula, pada awal penubuhannya; pertubuhan ini dipengerusikan oleh En. Md Yakin bin Aminudin ahli kariah Taman Sri Mawar 1 manakala timbalan pengerusinya ialah Ustaz Mohd Awal bin Mangsor dari Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 diikuti oleh Tuan Hj. Zainal bin Hj. Yahya sebagai setiausaha dari Taman Sri Mawar 2. Organisasi pentadbiran pertubuhan ini sesungguhnya mencerminkan nilai kesepakatan antara 3 kariah. Seramai 25 orang AJKnya pula dipilih dari ketiga-tiga kariah perumahan yang terlibat. Pertubuhan turut melantik En. Mod Nor bin Yasin sebagai penasihat pertubuhan. Pertubuhan ini bukan saja melibatkan ketiga-tiga taman perumahan tetapi turut melibatkan ketiga-tiga surau di taman perumahan terbabit dan AJKnya juga telah sepakat memutuskan untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan secara bergilir-gilir di antara tiga taman terbabit dengan menjadikan surau di taman tersebut sebagai lokasi mesyuarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Photobucket
Syarikat atau orang perseorangan yang ingin menyumbang kepada tabungan Pertubuhan bolehlah berbuat demikian sama ada dengan deposit tunai atau cek atas nama PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SERI MAWAR. No akaun Pertubuhan di Bank Islam ialah :
0506-701000-5478

RUANGAN UNTUK IKLAN



Ruangan ini khas untuk iklan sahaja. Iklan yang menyentuh sensiviti perkauman atau agama tidak dibenarkan. Iklan untuk produk-produk non-halal juga tidak dibenarkan. Termasuk iklan-iklan yang menyalahi undang-undang penerbitan. Untuk tempahan iklan sila hubungi admin atau mana-mana AJK Pertubuhan