Jemputan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN pertubuhan khairat kali ke 9 akan diadakan pada 08/03/2020 jam 8:00 pagi bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah. Semua ahli khairat dijemput hadir. Terima kasih

Isnin, 25 April 2016

1. MESYUARAT PERTAMA AJK PERTUBUHAN KHAIRAT telah dipengerusikan oleh Ustaz Awal iaitu Timbalan Pengerusi Pertubuhan Khairat menggantikan Pengerusi En. Md Yakin yang tidak dapat hadir kerana ada kematian.

2. Setiausaha memaklumkan jumlah kehadiran AJK pada malam itu ialah 20 orang. 

3. Ustaz Awal telah menyebut nama-nama AJK yang hadir bagi tujuan pengenalan. 2 orang AJK yang dilantik ke jawatan Pemeriksa Kira-kira 2 ialah Pn. Rosnani Hj. Harun manakala bagi Pemegang Amanah 2 pula ialah En. Hamzah Shamsudin.

4. Haji Abbas mencadangkan agar peruntukan khairat atau wang ehsan khairat bagi kematian anak yang berumur di bawah 1 tahun ke bawah dinaikan daripada RM250.00 kepada RM500.00. Persetujuan dicapai sebulat suara.

5. Cadangan Haji Abbas agar diberi peruntukan kepada ahli yang anggota badannya (kaki) dipotong dan memerlukan pengkebumian, setelah dibahas dalam mesyuarat, mesyuarat telah mengambil keputusan agar cadangan itu di KIV kan dahulu. Ia perlukan penelitian dari pelbagai segi terutama kekuatan dana kerana jika berlaku hal demikian, tiada kutipan dana dilakukan.

6. Hj Abbas juga mencadangkan agar waqaf khairat diberikan keutamaan kepada ahli-ahli khairat terlebih dahulu. Beliau mencadangkan sejumlah RM1000.00 diberikan kepada setiap surau sebagai waqaf pertubuhan khairat. Bendahari pula mencadangkan sejumlah RM300.00 sebagai permulaan. Timbalan pengerusi pula mencadangkan RM500.00. Setelah diadakan undian, maka jumlah waqaf yang ditentukan ialah sebanyak RM500.00 sahaja.

7. Hj Ruzali pula memohon sumbangan daripada Pertubuhan Khairat untuk menganjurkan kursus jenazah. Mesyuarat memutuskan untuk menyumbang sebanyak RM500.00. Persetujuan dicapai sebulat suara. Kursus jenazah akan diadakan pada 22/05/2016.

8. Hj. Jamaludin mencadangkan agar kerusi AJK Khairat diberikan secara automatik kepada setiap pengerusi surau. Maknanya setiap pengerusi surau ialah AJK Pertubuhan Khairat. Setelah dibahaskan, cadangan ini diterima dengan syarat pengerusi tersebut mestilah ahli pertubuhan khairat.

9. Mesyuarat juga memutuskan sesi kenal mengenal antara AJK diadakan di kedai makan. Cadangan tempat ialah di Lavender High.

10. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.50 malam.

Khamis, 21 April 2016

PINDAAN perlembagaan pertubuhan diluluskan pada hari ini bersamaan 21/06/2016




Ahad, 3 April 2016

Tarikh                   :  27/03/2016

Masa                     :  08:30 Pagi

Tempat                 :  Surau Taman Sri Mawar 2

Perasmian oleh     :   Ybhg Dato’ Abdul Karim Mustafa

                                 Naib Ketua Umno Bahagian Rasah

Kehadiran Jemaah :  i)  Taman Sri Mawar 1           -   51
                                ii) Taman Sri Mawar 2           -   22
                                iii) Flat Senawang Fasa 2       -   20
                                                          Jumlah        -   93


1. Agenda 1 : Ucapan aluan Pengerusi Majlis    
          1.1     Pengerusi majlis; Tn Hj. Zainal Hj. Yahya melahirkan rasa kesyukuran kerana sekali lagi Pertubuhan Khairat dan Kematian Taman Sri Mawar dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi kali yang ke 5. Kehadiran ahli-ahli pertubuhan pada pagi ini sebagai membuktikan kepentingan peranan pertubuhan khairat kepada orang ramai.
          1.2     Beliau juga berterima kasih kepada AJK Pertubuhan kerana melantik beliau untuk menjadi pengerusi majlis bagi tahun ke 2 berturut-turut.
          1.3     Pengerusi majlis memaklumkan pada tahun ini (2016) akan diadakan pelantikan AJK baru sesuai dengan kehendak pindaan perlembagaan pada Fasal 9 Perkara (1), iaitu diadakan pemilihan AJK baru setiap 2 tahun sekali.
          1.4     Pindaan pada perlembagaan tersebut membolehkan setiap taman akan mendapat giliran menjalankan Mesyuarat Agung serta menjalankan pelantikan AJK baru. Jika mengikut perlembagaan lama, cuma Flat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 sahaja yang akan dapat menjalankan Mesyuarat Agung bersekali dengan pelantikan AJK baru

2. Agenda 2 : Ucapan Aluan Mantan Pengerusi
          2.1     Mantan Pengerusi, En. Md. Yakin Aminudin berharap pemilihan AJK pada tahun ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa ada masalah. Beliau amat berharap agar kepimpinan baru yang akan dilantik nanti dapat memberikan komitmen ke arah menjadikan pertubuhan lebih baik dan teratur.
          2.2     Beliau mengambil kesempatan dalam ucapan beliau dengan memohon ampun dan maaf bagi pihak dirinya dan seluruh barisan AJK lalu, jika ada kesilapan yang terjadi sama ada disedari ataupun tidak sepanjang 5 tahun mentadbir pertubuhan.
          2.3     Tidak lupa juga beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengerusi surau Taman Sri Mawar 2, Tn. Hj. Jamaludin dan barisan AJKnya kerana sudi menjadi tuan rumah pada Mesyuarat Agung pertubuhan kali ini. Mesyuarat agung pertubuhan diadakan secara giliran pada setiap taman dan biasanya lokasi mesyuarat ialah di surau setiap taman.
          2.4     Keahlian pertubuhan khairat menunjukan peningkatan pada setiap tahun sekaligus menunjukan kepercayaan masyarakat terhadap kebolehan pertubuhan menangani kes-kes kematian dengan baik. Statistik terkini keahlian ialah 335 orang termasuk 9 orang yang mendaftar sebelum mesyuarat agung.

3. Agenda 3 : Ucapan Ybhg Dato’ Abdul Karim Mustafa (Naib Ketua Umno Bahagian Rasah)
          3.1     Ybhg Dato’ Abdul Karim Mustafa mengucapkan syabas dan tahniah kerana pertubuhan berjaya mengadakan Mesyuarat Agung bagi kali yang ke 5. Ybhg Dato’ juga terharu kerana dijemput untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut walaupun bukan atas kapasiti YB maupun Adun.
          3.2     Beliau mengingatkan kepada ahli-ahli bahawa beliau tidak memerlukan sambutan yang terlalu VIP. Beliau sendiri berasal dari kampung dan menjalani kehidupan secara sederhana. Beliau lebih selesa dilayan seperti orang biasa.
          3.3     Ybhg Dato’ suka juga berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi CEO Yayasan Pelajaran Mara. Beliau telah memperkenalkan Skim Bantuan Tahfiz yang antara lain memberi bantuan kepada pelajar-pelajar tahfiz yang mengalami masalah kewangan. Dengan pengenalan skim ini, Ybhg Dato’ berharap bilangan tahfiz dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pertubuhan juga boleh memikirkan sesuatu yang bersifat kepentingan umat Islam.
          3.4     Ybhg Dato’ turut menasihatkan agar AJK-AJK pertubuhan jangan lupa untuk selalu melihat ke bawah biarpun telah memegang kedudukan yang tinggi dalam pertubuhan. Ini untuk memberi kesedaran bahawa kita tidak sentiasa duduk di atas dan merasa sombong kerana asalnya kita juga duduk di bawah. Setiap apa yang berlaku kepada kita tentu ada asbabnya.
          3.5     Pertubuhan hendaklah berperanan menyatupadukan seluruh kariah terdiri dari orang muda dan tua serta pelbagai peringkat umur dengan menganjurkan apa-apa aktiviti yang boleh mendekatkan orang ramai dengan pertubuhan.
          3.6     Amanah mengendali dan mentadbir urusan wang khairat merupakan amanah yang berat. Justeru kepimpinan pertubuhan perlulah sentiasa menambah baik urusan pertubuhan dari segenap sudut. AJK perlu berganding bahu dan bekerjasama demi memastikan pertubuhan dapat berjalan lancar.
          3.7     Pertubuhan juga mungkin boleh memikirkan sistem kutipan yang baru dan sistematik seperti bekerjasama dengan takaful dan membuat pelaburan dalam wakaf-wakaf tertentu yang mampu memberi pulangan sehingga 30% atas persetujuan mesyuarat AJK.
          3.7     Ybhg Dato’ juga berharap pertubuhan dapat membetulkan tanggapan orang ramai khususnya mereka yang bukan beragama Islam tentang agama Islam itu sendiri menolak keganasan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
            3.8       Dalam ucapannya juga, Ybhg Dato’ mengumumkan memberi sumbangan tabung khairat sebanyak RM1000.00. Beliau memaklumkan jawatan beliau sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Rasah tidak membolehkannya mendapat sebarang peruntukan untuk disumbangkan kepada mana-mana badan NGO. (Sumbangan telah diserahkan secara tunai oleh Ybhg Dato’ kepada Bendahari sebaik selesai berucap dan merasmikan mesyuarat).

(Pengerusi Majlis menangguhkan mesyuarat agung bagi memberi laluan kepada Ybhg Dato’  menikmati jamuan pagi. Mesyuarat agung disambung selepas selesai jamuan)

4.       Agenda 4 : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung  lalu.
          4.1     Pengerusi majlis mempersilakan setiausaha, En. Tajol Ariffin Hasan membentangkan minit mesyuarat agung 2015.
          4.2     Setiausaha meminta ahli-ahli merujuk pada dokumen mesyuarat agung yang disertakan bermula dari muka surat 8 hingga 15.

5. Agenda 5 : Membentang dan mengesahkan  Penyata Kewangan lalu yang berakhir pada 31hb Dec, 2015.
          5.1     Pengerusi majlis mempersilakan bendahari, Tn. Hj. Mohd Yusof Zakaria membentangkan penyata kewangan berakhir 2015.
          5.2     Bendahari meminta ahli-ahli merujuk pada Penyata Kewangan di dalam dokumen mesyuarat agung yang disertakan bermula dari muka surat 17 hingga 20.



6. Agenda 6 : Pembubaran AJK 2014 - 2016.
          6.1     Pengerusi majlis membubarkan barisan AJK lama untuk membolehkan pemilihan dan pelantikan AJK bagi pentadbiran 2016—2018 dijalankan. Semua barisan AJK mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberi laluan kepada AJK baru.

7.       Agenda 7 : Pelantikan Pengerusi Mesyuarat Agung dan Pencatat Minit serta Pelantikan AJK 2016– 2018 .
          7.1     Mesyuarat bersetuju supaya pengerusi majlis; Tn. Hj. Zainal Hj. Yahya terus mempengerusikan mesyuarat pemilihan AJK baru. Manakala pencatat minit pula ialah Pn. Sharul Afizah Mohd Idris.
          7.2     Berikut adalah cabutan keputusan pelantikan AJK 2016 - 2018.

(Lihat jadual di bawah) :-

8.       Agenda 8 : Membahas dan Meluluskan Usul.
          8.1     Usul 1. Kursus Mandi Jenazah. Dua daripada 3 taman yang bergabung dalam pertubuhan khairat ini bercadang untuk menganjurkan kursus mandi jenazah pada tahun ini iaitu dari taman Sri Mawar 2 dan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Pertubuhan sendiri akan mengambil inisiatif positif dalam penganjuran tersebut melalui penyertaan dikalangan ahli-ahli dan mungkin atas persetujuan AJK; akan turut menyumbang dana.
          8.2     Usul 2. En. Ahmad Alwee Abd. Ghani mengusulkan kenaikan jumlah pembayaran wang khairat kematian daripada RM1500.00 ke RM2000.00. Beliau berpendapat dengan kewangan yang ada sekarang, pertubuhan dirasakan mampu menambah jumlah wang khairat seperti yang diusulkan. Pengerusi berpendapat kenaikan tersebut agak tinggi jika difikirkan kesannya jika berlaku kematian mengejut yang melibatkan jumlah yang ramai. Mengambil contoh andainya berlaku kemalangan kereta yang melibatkan 1 keluarga terdiri dari 5 orang maka sudah tentu pertubuhan perlu mengeluarkan sejumlah RM10,000.00 peruntukan wang khairat. Memang jika kutipan dijalankan maka pertubuhan akan berkemampuan untuk membayar malah akan mendapat lebihan wang. Cuma kita tidak dapat menjangkakan adakah kutipan dapat dijalankan dengan lancar sehingga mencapai kutipan sekurang-kurangnya 50 ke 60%. Menurut Hj. Mohd. Yusof Zakaria selaku bendahari pula, pertubuhan tidak sama sekali bermaksud untuk mengumpul sebanyak mungkin wang khairat tetapi perlu menguruskan kewangan pertubuhan dengan mengekalkan belanjawan berimbang. Justeru kelakpertubuhan tidak akan ada masalah jika berlaku musibah kematian dalam angka yang besar.
          8.3     Usul 3. Hj. Jamaluddin mengusulkan agar dibuat pindaan pada perlembagaan pertubuhan berkenaan jumlah kehadiran minima dalam mesyuarat agung pertubuhan. Jumlah minima kehadiran dalam perlembagaan  lama ialah 3 kali daripada jumlah AJK bersamaan 30 kali 3 iaitu 90 orang. Beliau mengusulkan agar jumlah minima ialah 1/4 daripada jumlah ahli semasa atau ahli berdaftar. Usul ini dipersetujui sebulat suara.
          8.4 Usul 4. Hj Abbas mengusulkan agar bendahari dan pengerusi segera menukar tanda tangan di CIMB bank. Tanda tangan tersebut masih belum ditukar setelah 2 tahun beliau meletak jawatan sebagai bendahari. Beliau tidak mahu adanya perkara berbangkit kelak.
          8.5 Usul 5. Hj Jamaluddin mengusulkan agar kutipan ke atas ahli yang bermasalah membayar wang khairat dibuat dengan tegas. Setiausaha akan mengambil usul ini berpandukan peruntukan perlembagaan pada Fasal 5.
          8.6 Usul 6. Hj Ruzali Said mengusulkan agar mereka yang dipertanggunjawabkan untuk mengutip wang khairat bila berlaku kematian hendaklah membawa bersama sijil kematian sebagai bukti dan mengelakan sebarang prasangka.
          8.7 Usul 7. En. Tajol Ariffin Hasan mengusulkan pendaftaran ahli baru dinaikan daripada RM50.00 kepada RM100.00, manakala yuran tahunan RM5.00 dikekalkan. Usul ini mendapat sokongan sebulat suara.

9     Agenda 9 : Ucapan Penangguhan.
          9.1     Pengerusi yang dilantik semula, En. Md Yakin Aminuddin sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberikan peluang kepadanya sekali lagi untuk mentadbir pertubuhan dengan dibantu oleh AJK-AJK yang turut dilantik semula.
          9.10   Dengan mengekalkan hampir 90% AJK lama membuktikan ahli-ahli mempercayai kebolehan AJK lama bersama-sama pengerusi mentadbir perjalanan pertubuhan.
          9.11   Pengerusi mengingatkan kepada barisan AJK yang dilantik sama ada yang lama atau yang baru dilantik, mereka kini memengang amanah dan kepercayaan ahli-ahli maka mereka perlu berganding bahu dalam memastikanperjalanan pertubuhan khairat ini bertambah baik dari tahun-tahun yang sudah. Pengerusi juga berharap agar mana-mana ahli yang mempunyai idea dan cadangan untuk penambahbaikan pertubuhan agar dapat berkongsi idea tersebut bersama-sama dengan AJK.   
            9.12     Mesyuarat Agung pertubuhan ditangguhkan pada jam 12:00 tengah hari. Seterusnya pengerusi menjemput ahli-ahli untuk  menikmati makan tengah hari.

Minit disediakan oleh S/U : En. Tajol Ariffin Hasan






.







Ruj Tuan :
Ruj Kami : Pentd/Jld 1/(Bil:9)/03-16
11hb Mac, 2016



__________________________

Per.      :           NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE LIMA (5)
Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 5 Pertubuhan Khairat dan Kematian Taman Sri Mawar akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh :           27hb Mac, 2016
Masa    :           08:00 pagi
Lokasi :           Surau Taman Sri Mawar 2

3.         Sehubungan dengan itu, jika ada sebarang USUL bolehlah dikemukakan kepada setiausaha atau wakil AJK setiap taman atau dibawa terus oleh ahli pada hari mesyuarat untuk akan dibahas di dalam mesyuarat agung.

4.         Kerjasama dan sokongan daripada ahli-ahli pertubuhan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Yang benar


………………………………….
Tajol Ariffin Hasan
(011-11989874)

Setiausaha 

Photobucket
Syarikat atau orang perseorangan yang ingin menyumbang kepada tabungan Pertubuhan bolehlah berbuat demikian sama ada dengan deposit tunai atau cek atas nama PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SERI MAWAR. No akaun Pertubuhan di Bank Islam ialah :
0506-701000-5478

RUANGAN UNTUK IKLAN



Ruangan ini khas untuk iklan sahaja. Iklan yang menyentuh sensiviti perkauman atau agama tidak dibenarkan. Iklan untuk produk-produk non-halal juga tidak dibenarkan. Termasuk iklan-iklan yang menyalahi undang-undang penerbitan. Untuk tempahan iklan sila hubungi admin atau mana-mana AJK Pertubuhan