Tarikh
: 27/03/2016
Masa
: 08:30 Pagi
Tempat
: Surau Taman Sri Mawar 2
Perasmian
oleh : Ybhg Dato’ Abdul Karim Mustafa
Naib Ketua Umno Bahagian Rasah
Kehadiran
Jemaah : i) Taman Sri Mawar 1 - 51
ii) Taman Sri Mawar 2 - 22
iii) Flat Senawang Fasa 2 -
20
Jumlah -
93
1. Agenda 1 :
Ucapan aluan Pengerusi Majlis
1.1 Pengerusi
majlis; Tn Hj. Zainal Hj. Yahya melahirkan rasa kesyukuran kerana sekali lagi
Pertubuhan Khairat dan Kematian Taman Sri Mawar dapat melaksanakan Mesyuarat
Agung Tahunan bagi kali yang ke 5. Kehadiran ahli-ahli pertubuhan pada pagi ini
sebagai membuktikan kepentingan peranan pertubuhan khairat kepada orang ramai.
1.2 Beliau
juga berterima kasih kepada AJK Pertubuhan kerana melantik beliau untuk menjadi
pengerusi majlis bagi tahun ke 2 berturut-turut.
1.3 Pengerusi
majlis memaklumkan pada tahun ini (2016) akan diadakan pelantikan AJK baru
sesuai dengan kehendak pindaan perlembagaan pada Fasal 9 Perkara (1), iaitu
diadakan pemilihan AJK baru setiap 2 tahun sekali.
1.4 Pindaan
pada perlembagaan tersebut membolehkan setiap taman akan mendapat giliran
menjalankan Mesyuarat Agung serta menjalankan pelantikan AJK baru. Jika
mengikut perlembagaan lama, cuma Flat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 sahaja yang
akan dapat menjalankan Mesyuarat Agung bersekali dengan pelantikan AJK baru
2. Agenda 2 :
Ucapan Aluan Mantan Pengerusi
2.1 Mantan
Pengerusi, En. Md. Yakin Aminudin berharap pemilihan AJK pada tahun ini dapat
dijalankan dengan lancar tanpa ada masalah. Beliau amat berharap agar
kepimpinan baru yang akan dilantik nanti dapat memberikan komitmen ke arah
menjadikan pertubuhan lebih baik dan teratur.
2.2 Beliau
mengambil kesempatan dalam ucapan beliau dengan memohon ampun dan maaf bagi
pihak dirinya dan seluruh barisan AJK lalu, jika ada kesilapan yang terjadi
sama ada disedari ataupun tidak sepanjang 5 tahun mentadbir pertubuhan.
2.3 Tidak
lupa juga beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengerusi
surau Taman Sri Mawar 2, Tn. Hj. Jamaludin dan barisan AJKnya kerana sudi
menjadi tuan rumah pada Mesyuarat Agung pertubuhan kali ini. Mesyuarat agung
pertubuhan diadakan secara giliran pada setiap taman dan biasanya lokasi
mesyuarat ialah di surau setiap taman.
2.4 Keahlian
pertubuhan khairat menunjukan peningkatan pada setiap tahun sekaligus menunjukan
kepercayaan masyarakat terhadap kebolehan pertubuhan menangani kes-kes kematian
dengan baik. Statistik terkini keahlian ialah 335 orang termasuk 9 orang yang
mendaftar sebelum mesyuarat agung.
3. Agenda 3 :
Ucapan Ybhg Dato’ Abdul Karim Mustafa (Naib Ketua Umno Bahagian Rasah)
3.1 Ybhg
Dato’ Abdul Karim Mustafa mengucapkan syabas dan tahniah kerana pertubuhan
berjaya mengadakan Mesyuarat Agung bagi kali yang ke 5. Ybhg Dato’ juga terharu
kerana dijemput untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut walaupun bukan atas
kapasiti YB maupun Adun.
3.2 Beliau
mengingatkan kepada ahli-ahli bahawa beliau tidak memerlukan sambutan yang
terlalu VIP. Beliau sendiri berasal dari kampung dan menjalani kehidupan secara
sederhana. Beliau lebih selesa dilayan seperti orang biasa.
3.3 Ybhg
Dato’ suka juga berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi CEO Yayasan Pelajaran
Mara. Beliau telah memperkenalkan Skim Bantuan Tahfiz yang antara lain memberi
bantuan kepada pelajar-pelajar tahfiz yang mengalami masalah kewangan. Dengan
pengenalan skim ini, Ybhg Dato’ berharap bilangan tahfiz dapat dipertingkatkan
dari semasa ke semasa. Pertubuhan juga boleh memikirkan sesuatu yang bersifat
kepentingan umat Islam.
3.4 Ybhg
Dato’ turut menasihatkan agar AJK-AJK pertubuhan jangan lupa untuk selalu
melihat ke bawah biarpun telah memegang kedudukan yang tinggi dalam pertubuhan.
Ini untuk memberi kesedaran bahawa kita tidak sentiasa duduk di atas dan merasa
sombong kerana asalnya kita juga duduk di bawah. Setiap apa yang berlaku kepada
kita tentu ada asbabnya.
3.5 Pertubuhan
hendaklah berperanan menyatupadukan seluruh kariah terdiri dari orang muda dan
tua serta pelbagai peringkat umur dengan menganjurkan apa-apa aktiviti yang
boleh mendekatkan orang ramai dengan pertubuhan.
3.6 Amanah
mengendali dan mentadbir urusan wang khairat merupakan amanah yang berat.
Justeru kepimpinan pertubuhan perlulah sentiasa menambah baik urusan pertubuhan
dari segenap sudut. AJK perlu berganding bahu dan bekerjasama demi memastikan
pertubuhan dapat berjalan lancar.
3.7 Pertubuhan
juga mungkin boleh memikirkan sistem kutipan yang baru dan sistematik seperti
bekerjasama dengan takaful dan membuat pelaburan dalam wakaf-wakaf tertentu
yang mampu memberi pulangan sehingga 30% atas persetujuan mesyuarat AJK.
3.7 Ybhg
Dato’ juga berharap pertubuhan dapat membetulkan tanggapan orang ramai
khususnya mereka yang bukan beragama Islam tentang agama Islam itu sendiri
menolak keganasan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
3.8 Dalam
ucapannya juga, Ybhg Dato’ mengumumkan memberi sumbangan tabung khairat sebanyak RM1000.00. Beliau memaklumkan jawatan beliau sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Rasah tidak membolehkannya mendapat sebarang peruntukan untuk disumbangkan kepada mana-mana badan NGO. (Sumbangan telah diserahkan secara tunai oleh Ybhg Dato’ kepada Bendahari sebaik selesai berucap dan merasmikan mesyuarat).
(Pengerusi Majlis menangguhkan mesyuarat agung bagi memberi laluan kepada Ybhg Dato’ menikmati jamuan pagi. Mesyuarat agung disambung selepas selesai jamuan)
4. Agenda 4 : Pengesahan Minit Mesyuarat
Agung lalu.
4.1
Pengerusi majlis mempersilakan setiausaha, En. Tajol Ariffin Hasan
membentangkan minit mesyuarat agung 2015.
4.2 Setiausaha
meminta ahli-ahli merujuk pada dokumen mesyuarat agung yang disertakan bermula
dari muka surat 8 hingga 15.
5. Agenda 5 :
Membentang dan mengesahkan Penyata
Kewangan lalu yang berakhir pada 31hb Dec, 2015.
5.1
Pengerusi majlis mempersilakan bendahari, Tn. Hj. Mohd Yusof Zakaria
membentangkan penyata kewangan berakhir 2015.
5.2 Bendahari
meminta ahli-ahli merujuk pada Penyata Kewangan di dalam dokumen mesyuarat
agung yang disertakan bermula dari muka surat 17 hingga 20.
6. Agenda 6 :
Pembubaran AJK 2014 - 2016.
6.1 Pengerusi majlis membubarkan barisan AJK
lama untuk membolehkan pemilihan dan pelantikan AJK bagi pentadbiran 2016—2018
dijalankan. Semua barisan AJK mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberi
laluan kepada AJK baru.
7. Agenda 7 : Pelantikan Pengerusi Mesyuarat
Agung dan Pencatat Minit serta Pelantikan AJK 2016– 2018 .
7.1 Mesyuarat bersetuju supaya pengerusi
majlis; Tn. Hj. Zainal Hj. Yahya terus mempengerusikan mesyuarat pemilihan AJK
baru. Manakala pencatat minit pula ialah Pn. Sharul Afizah Mohd Idris.
7.2 Berikut
adalah cabutan keputusan pelantikan AJK 2016 - 2018.
(Lihat jadual di bawah) :-
8. Agenda 8 : Membahas dan Meluluskan Usul.
8.1 Usul 1. Kursus Mandi Jenazah. Dua daripada
3 taman yang bergabung dalam pertubuhan khairat ini bercadang untuk
menganjurkan kursus mandi jenazah pada tahun ini iaitu dari taman Sri Mawar 2
dan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Pertubuhan sendiri akan mengambil inisiatif
positif dalam penganjuran tersebut melalui penyertaan dikalangan ahli-ahli dan
mungkin atas persetujuan AJK; akan turut menyumbang dana.
8.2 Usul
2. En. Ahmad Alwee Abd. Ghani mengusulkan kenaikan jumlah pembayaran wang
khairat kematian daripada RM1500.00 ke RM2000.00. Beliau berpendapat dengan
kewangan yang ada sekarang, pertubuhan dirasakan mampu menambah jumlah wang
khairat seperti yang diusulkan. Pengerusi berpendapat kenaikan tersebut agak
tinggi jika difikirkan kesannya jika berlaku kematian mengejut yang melibatkan
jumlah yang ramai. Mengambil contoh andainya berlaku kemalangan kereta yang
melibatkan 1 keluarga terdiri dari 5 orang maka sudah tentu pertubuhan perlu
mengeluarkan sejumlah RM10,000.00 peruntukan wang khairat. Memang jika kutipan
dijalankan maka pertubuhan akan berkemampuan untuk membayar malah akan mendapat
lebihan wang. Cuma kita tidak dapat menjangkakan adakah kutipan dapat
dijalankan dengan lancar sehingga mencapai kutipan sekurang-kurangnya 50 ke
60%. Menurut Hj. Mohd. Yusof Zakaria selaku bendahari pula, pertubuhan tidak
sama sekali bermaksud untuk mengumpul sebanyak mungkin wang khairat tetapi
perlu menguruskan kewangan pertubuhan dengan mengekalkan belanjawan berimbang.
Justeru kelakpertubuhan tidak akan ada masalah jika berlaku musibah kematian
dalam angka yang besar.
8.3 Usul
3. Hj. Jamaluddin mengusulkan agar dibuat pindaan pada perlembagaan pertubuhan
berkenaan jumlah kehadiran minima dalam mesyuarat agung pertubuhan. Jumlah
minima kehadiran dalam perlembagaan lama
ialah 3 kali daripada jumlah AJK bersamaan 30 kali 3 iaitu 90 orang. Beliau
mengusulkan agar jumlah minima ialah 1/4 daripada jumlah ahli semasa atau ahli
berdaftar. Usul ini dipersetujui sebulat suara.
8.4 Usul 4. Hj Abbas mengusulkan agar
bendahari dan pengerusi segera menukar tanda tangan di CIMB bank. Tanda tangan
tersebut masih belum ditukar setelah 2 tahun beliau meletak jawatan sebagai
bendahari. Beliau tidak mahu adanya perkara berbangkit kelak.
8.5 Usul 5. Hj Jamaluddin mengusulkan
agar kutipan ke atas ahli yang bermasalah membayar wang khairat dibuat dengan
tegas. Setiausaha akan mengambil usul ini berpandukan peruntukan perlembagaan
pada Fasal 5.
8.6 Usul 6. Hj Ruzali Said mengusulkan
agar mereka yang dipertanggunjawabkan untuk mengutip wang khairat bila berlaku
kematian hendaklah membawa bersama sijil kematian sebagai bukti dan mengelakan
sebarang prasangka.
8.7 Usul 7. En. Tajol Ariffin Hasan
mengusulkan pendaftaran ahli baru dinaikan daripada RM50.00 kepada RM100.00,
manakala yuran tahunan RM5.00 dikekalkan. Usul ini mendapat sokongan sebulat
suara.
9 Agenda 9 : Ucapan Penangguhan.
9.1 Pengerusi
yang dilantik semula, En. Md Yakin Aminuddin sekali lagi mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberikan
peluang kepadanya sekali lagi untuk mentadbir pertubuhan dengan dibantu oleh
AJK-AJK yang turut dilantik semula.
9.10 Dengan
mengekalkan hampir 90% AJK lama membuktikan ahli-ahli mempercayai kebolehan AJK
lama bersama-sama pengerusi mentadbir perjalanan pertubuhan.
9.11 Pengerusi
mengingatkan kepada barisan AJK yang dilantik sama ada yang lama atau yang baru
dilantik, mereka kini memengang amanah dan kepercayaan ahli-ahli maka mereka
perlu berganding bahu dalam memastikanperjalanan pertubuhan khairat ini
bertambah baik dari tahun-tahun yang sudah. Pengerusi juga berharap agar
mana-mana ahli yang mempunyai idea dan cadangan untuk penambahbaikan pertubuhan
agar dapat berkongsi idea tersebut bersama-sama dengan AJK.
9.12 Mesyuarat
Agung pertubuhan ditangguhkan pada jam 12:00 tengah hari. Seterusnya pengerusi
menjemput ahli-ahli untuk menikmati
makan tengah hari.
Minit disediakan oleh S/U : En. Tajol Ariffin Hasan
.